ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penuntut IPT mula pulang ke kampung secara berperingkat Isnin ini

Berita Tempatan

Views

Menerusi sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebentar tadi, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan bersetuju membenarkan penghantaran pulang 53,000 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) ke kampung halaman masing-masing bermula Isnin ini.

Penghantaran pulang itu akan berjalan secara berperingkat dan membabitkan prosedur operasi standard (SOP). Menurut beliau, pergerakan pelajar akan bermula secara berperingkat mulai 27 April 2020, dengan waktu perjalanan dihadkan dari jam 9 malam hingga 9 pagi.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Pergerakan secara berperingkat hanya melibatkan perjalanan ke Zon Hijau sahaja. Pelajar yang terlibat akan menjalani saringan gejala sebelum menaiki bas dan dibekalkan makanan dan topeng muka. Tambah beliau, kapasiti penumpang akan dihadkan separuh daripada jumlah sebenar bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi.

Bagi pelajar yang memiliki kenderaan sendiri pula, mereka dibenarkan memandu pulang dengan syarat perjalanan tidak merentas negeri dan hanya seorang dibenarkan untuk setiap kenderaan. Selain itu, kerajaan akan menyediakan penerbangan bagi pelajar yang ingin pulang ke Sabah dan Sarawak.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Tambahnya, pelajar yang akan pulang ke Zon Hijau di Sabah dan Sarawak akan diterbangkan ke lapangan terbang terdekat dgn kampung mereka dan akan menjalani kuarantin wajib 14 hari. Kerajaan juga akan menyediakan makan minum seperti biasa bagi pelajar yang memilih untuk terus berada di kampus.

Kata Ismail Sabri lagi, pelajar di IPT di bawah kawal selia kementerian lain seperti Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, proses penghantaran pulang mereka juga perlu mengikuti SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply