ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Yaris Cross – SUV kecil dengan citarasa Eropah

Berita Global

Views

Gergasi automotif Jepun, Toyota telah memperkenalkan model SUV kecil, Yaris Cross serba baharu yang disasarkan untuk pasaran Eropah, dengan menampilkan penjana hibrid dan pacuan semua roda. Sepatutnya pesaing kepada Nissan Juke dan Ford Puma ini diperkenalkan pada Geneva Motor Show pada Mac lalu, namun acara tersebut terpaksa dibatalkan akibat pandemik COVID-19.

Model cilik ini dijangka memasuki pasaran di UK dan beberapa negara Eropah awal tahun depan. Ia dibangunkan dari pelantar TNGA-B dan berkongsi beberapa komponen dengan model supermini, Yaris. SUV ini akan dihasilkan di kilang pengeluaran Toyota di Onnaing, Perancis. Toyota menyasarkan jualan sebanyak 150,000 unit Yaris Cross tahun depan, secara tidak langsung menguasai 8 peratus pegangan pasaran SUV segmen-B di Eropah.

Nama Yaris Cross dipilih untuk mengukuhkan kesinambungan antara model tersebut dengan versi supermini selain menggambarkan perkongsian beberapa komponen antara kedua-duanya, meskipun ia disasarkan untuk kumpulan pembeli yang berbeza. Penggayaan model ini telah dihasilkan oleh studio reka bentuk Toyota di Eropah dan Jepun.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Menurut ketua reka bentuk Toyota Eropah, Lance Scott, rekaan luaran telah diolah untuk menampilkan bentuk berlian apabila dilihat dari pandangan atas. Tambahnya, mereka mahu mengekalkan DNA barisan SUV Toyota namun pada masa yang sama memberikan indentiti tersendiri pada Yaris Cross.

Model ini mempunyai jarak antara gandar yang sama dengan Yaris, iaitu 2560mm namun panjangnya lebih sedikit 240mm bagi memberikan ruang dalaman yang lebih lapang. Lega tanahnya pula 30mm lebih tinggi dan dengan lebar 1765mm serta tinggi 1560mm, ia 90mm lebih tinggi dan 20mm lebih lebar berbanding versi supermini.

Yaris Cross akan ditawarkan dengan enjin 1.5-liter petrol-hibrid elektrik kitaran Atkinson berkuasa 114 kuasa kuda yang sama seperti Yaris. Menurut Toyota, penjana tersebut merupakan sistem hibrid generasi ke-empatnya yang hanya melepaskan kurang daripada 120g/km CO2 bagi model pacuan roda hadapan, manakala 135g/km bagi varian pacuan semua roda.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Selain itu, Yaris Cross juga akan ditawarkan dengan enjin konvensional 1.5-liter petrol, walaupun versi ini tidak mungkin akan ditawarkan di UK. Sistem pacuan semua roda pintar turut ditawarkan sebagai pilihan. Selain itu, Yaris Cross dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu yang merupakan sebahagian daripada Toyota Safety Sense, termasuklah brek automatik dan intervensi stereng.

Yaris Cross turut dilengkapi dengan paparan skrin sentuh di bahagian tengah yang menampilkan sistem infohiburan terkini, yang serasi dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Ruang but model ini mempunyai ketinggian dek boleh laras dan ruang penyimpanan bawah lantai tambahan dan ia boleh dipanjangkan dengan melaraskan ketinggian kerusi belakangnya.

Walaupun Toyota berkata model Yaris Cross direka mengikut citarasa Eropah, namun ia akan turut ditawarkan di beberapa pasaran lain seperti Jepun dan Australia. Ini juga kali pertama nama Yaris digunapakai di Jepun, kerana sebelum ini model supermini itu dikenali sebagai Vitz. Jelas Toyota, model Yaris Cross akan berada di bawah posisi C-HR mengikut susunan barisan model crossover keluarannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply