ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Camry rempuh tembok, pemandu meninggal dunia akibat serangan jantung

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung sebelum kereta dipandunya terbabas merempuh tembok sebuah kuil di Jalan Kampung Lambak di Tanjung Malim hari ini.

Kejadian itu menyebabkan mangsa, Lok Ming Choy, 55, yang memandu kereta jenis Toyota Camry meninggal dunia di lokasi kejadian.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, kejadian sekitar pukul 8.40 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kampung Lambak menghala ke Pekan Tanjung Malim.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dan merempuh tembok kuil.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Akibat perlanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian lelaki itu akibat serangan jantung. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply