ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perjalanan penerima vaksin Sinovac ke England lebih sukar, perlu jalani ujian saringan dan kuarantin

Berita Global

Views

Peraturan perjalanan yang dikeluarkan oleh United Kingdom semalam mungkin menjadikan perjalanan bagi penerima Sinovac ke England lebih sukar.

Malaysiakini melaporkan, di bawah peraturan baru, mulai 4 Oktober, pelawat yang menerima vaksin AstraZeneca, Pfizer, Moderna, atau Janssen akan dikenakan peraturan perjalanan yang lebih longgar.

Di bawah peraturan baharu ini, mereka yang menerima vaksin yang disenaraikan tidak perlu mengambil ujian Covid-19 sebelum berlepas.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Bagaimanapun mereka mesti menempah, membayar dan mengambil ujian Covid-19 pada atau sebelum hari kedua setelah tiba di England.

Mereka juga mesti melengkapkan borang pelepasan penumpang pada bila-bila masa dalam tempoh 48 jam sebelum tiba. Selain itu mereka juga tidak perlu menjalani kuarantin.

Laman web kerajaan UK, di mana peraturan itu diterbitkan, tidak menyebut mengenai Sinovac, yang bermaksud ia tidak memenuhi syarat untuk peraturan yang lebih longgar.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Sebaliknya, penerima Sinovac mesti mematuhi peraturan seperti pelawat yang tidak divaksinasi. Ini termasuk mengambil ujian Covid-19, 3 hari sebelum berlepas ke England.

Mereka juga mesti dikuarantin selama 10 hari semasa tiba di England. Pada masa ini, 46 peratus rakyat Malaysia yang divaksinasi telah menerima vaksin Sinovac, yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tidak jelas apakah peraturan baharu ini juga terpakai untuk perjalanan ke Scotland, Wales dan Ireland Utara yang memiliki garis panduan tersendiri.

Laman sesawang kerajaan UK belum mengemaskini garis panduan bagi ketiga-tiga negara ini untuk memasukkan peraturan baharu seperti yang terpakai di England.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply