ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perkembangan kes wanita terjerlus dalam eskalator di Stesen LRT KL Sentral

Berita Tempatan

Views

Susulan kejadian wanita terjerlus dalam eskalator di Stesen LRT KL Sentral pada hari Isnin (30 September), Rapid KL menerusi hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan seorang wanita telah mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan. Keadaan beliau stabil dan masih di bawah pengawasan pasukan perubatan hospital.

Pihak keluarga beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan doa. Difahamkan eskalator yang mengalami kerosakan itu telah diberhentikan perkhidmatan sejurus selepas kejadian. Kawasan terbabit juga telah ditutup bagi menjamin keselamatan penumpang.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Polis Bantuan turut ditempatkan di kawasan terbabit bagi mengawal pergerakan penumpang dan membantu penumpang di platform. Satu pasukan bertindak yang diketuai oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia kini sedang  menyiasat kejadian itu.

Hasil siasatan akan diumumkan selepas laporan lengkap siap sepenuhnya, dan dijangka memakan masa seminggu. Kerja-kerja penyelenggaran eskalator ini dikendalikan oleh Antah Schindler Sdn Bhd. Berdasarkan rekod, kali terakhir eskalator ini diselenggara ialah pada 28 September 2019.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Rapid KL akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti puncanya. Sebagai langkah berjaga-jaga, Rapid KL sedang menjalankan pemeriksaan dalaman bagi semua eskalator yang terdapat di stesen LRT, MRT, Monorail dan BRT.

Pihak Rapid KL juga ingin memohon maaf atas kesulitan dan ketidakselesaan yang dialami oleh pengguna. Mereka dengan rendah hati ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda yang berterusan ketika pihak mereka berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Foong Pc

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply