ARKIB

KATEGORI

Buletin

Waze umumkan Waze for Cities Data yang dihoskan di Google Cloud

Berita Tempatan

Views

Waze baharu sahaja mengumumkan Waze for Cities Data yang dihoskan di Google Cloud Platform untuk penganalisaan tersedia. Ini akan membolehkan lebih dari 1,000 rakan kongsi global mengakses data trafik Waze for Cities Data dengan lebih lancar, untuk menyemak dan menganalisa corak pengangkutan disamping mencipta pengvisualan menggunakan alat-alat Google Cloud buat julung kalinya.

Waze For Cities, yang dahulunya dikenali sebagai Connected Citizens Program, telah dilancarkan pada bulan Oktober tahun 2014 bersama 10 rakan kongsi bandar. Kini, ia telah berkembang untuk berkhidmat bagi lebih daripada 1,000 rakan kongsi di seluruh dunia. Program yang percuma dan kolaboratif ini memanfaatkan teknologi mudah alih dan data lalu lintas sumbersama untuk memperkasakan majlis-majlis perbandaran dan responden-responden pertama bagi memperbaiki infrastruktur bandar mereka yang sedia ada.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Ketua Perkongsian Sektor Awam Waze Dani Simons berkata, sejak lima tahun kebelakangan ini, bandar-bandar kini mempunyai lebih banyak data berbanding sebelumnya, dan mereka mahukan alat yang lebih baik untuk menganalisa data tersebut serta membolehkan ia diguna pakai dalam peningkatan kualiti jalanan setempat.

Waze sangat teruja untuk menyediakan integrasi ini dengan Google Cloud yang akan memudahkan lagi rakan-rakan kongsi Waze for Cities untuk mengatur, menyimpan, mentafsir dan berkongsi data serta cerapan pengangkutan. Pengarah, Pengurusan Produk di Google Cloud Sudhir Hasbe berkata, integrasi dengan Google Cloud akan memudahkan capaian Waze for Cities Data serta menghimpunkan bersama sumber data berkaitan pengangkutan lain untuk mendapatkan gambaran penuh arah aliran mobiliti sesuatu tempat.

Dengan adanya Cities Data oleh Waze ini, rakan-rakan kongsi Waze for Cities akan mempunyai akses kepada alat gudang data terunggul BigQuery dan alat pengvisualan Data Studio. Alat-alat ini akan menjadikan penafsiran data lebih mudah untuk ditafsir dan dikongsi bersama para pengguna bukan teknikal. Rakan-rakan kongsi boleh menganalisa sehingga 1TB data dan menyimpan sehingga 10GB data secara percuma setiap bulan.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Dengan program ini juga, rakan-rakan kongsi boleh menyimpan dan menganalisa data mereka sendiri secara selamat dan peribadi dan menjalankan analisis mereka sendiri yang disokong oleh Waze for Cities Data. Seperti semua rakan kongsi dan pelanggan Google Cloud, data oleh rakan-rakan kongsi Waze for Cities adalah dalam kawalan mereka secara sepenuhnya.

Pengarah Urusan SSDU Dr. Fahmi Ngah pula berkata, sepanjang kerjasama mereka dengan Waze for Cities Data yang bermula pada September 2016, Unit Penyampaian Smart Selangor (SSDU) telah berjaya mengenal pasti jalan-jalan berlubang di pelbagai lokasi dan lokasi-lokasi yang terdedah kepada risiko banjir.

Sebarang agensi awam layak untuk memohon masuk ke program ini dengan pengklikan butang “Mohon Sekarang” di laman utama Waze for Cities. Rakan-rakan kongsi sedia ada Waze for Cities akan menerima maklumat berkenaan kaedah untuk mengintegrasi akaun sedia ada mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply