ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perkhidmatan bas percuma di Putrajaya mulai 1 November 2020

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menerusi agensi Perbadanan Putrajaya (PPj) akan memperkenalkan perkhidmatan bas percuma bagi kawasan Putrajaya bermula 1 November 2020.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Perkhidmatan bas percuma ini merupakan salah satu program di bawah Inisiatif Wilayah Prihatin Kementerian Wilayah Persekutuan khusus buat warganegara Malaysia melibatkan kesemua 12 laluan bas Nadi Putra di Putrajaya.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Laluan utama T500 diperkenalkan bermula di hentian bas Kompleks E Presint 1 dan melalui Persiaran Sulatan Salahuddin Abdul Aziz Shah Presint 1 (Kompleks A, B, C, D & E), Persiaran Perdana (Presint 2 & 3) sehingga ke Dataran Gemilang Presint 4 dengan kekerapan setiap 5 minit di waktu puncak, setiap 10 minit diwaktu bukan puncak dan setiap 30 minit pada hari cuti.

Selain itu penambahan bas akan dibuat secara berperingkat bermula tahun hadapan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 40 buah bas (37 bas diesel dan 3 bas elektrik). Inisiatif ini melibatkan anggaran kos berjumlah RM12 juta setahun dengan jangkaan peningkatan jumlah penumpang bas Nadi Putra sebanyak 50 peratus bagi tahun 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kementerian Wilayah Persekutuan

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply