Tular satu hantaran ringkas yang telah dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook bernama Jusni Hashim sejak pagi tadi yang memaparkan iklan jualan unit-unit Kereta Rasmi Delegasi APEC 2020, model Proton X70 1.8 TGDI varian Executive AWD. Unit yang ditawarkan adalah versi CBU tahun keluaran 2019.
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
Unit-unit tersebut telah didaftarkan dan ada sebanyak 80 unit kesemuanya. Harga yang ditawarkan telah menarik perhatian warganet kerana ia dijual dengan harga RM89,000 tetapi harga tersebut hanya untuk kakitangan Proton atau kerajaan sahaja.
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
Bagi mereka yang bukan kakitangan Proton atau kerajaan, harga yang ditawarkan adalah RM96,000. Namun harga RM96,000 itu sebenarnya termasuk susut nilai dalam tempoh setahun kerana harga asalnya adalah RM115,800.
Untuk mereka yang berminat untuk membeli unit CBU ini, anda perlu menyertakan dokumen yang lazim untuk proses permohonan pijaman, antaranya salinan kad pengenalan, lesen memandu, slip gaji 3 bulan atau penyata bank 3 bulan yang terkini. Tarikh akhir untuk pendaftaran model ini adalah sebelum 30 November 2020. Siapa cepat dia dapat!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Jusni Hashim
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
KOMEN TERKINI