ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perkhidmatan Dego Ride bermula hari ini

Berita Tempatan

Views

Setelah dilarang beroperasi pada 2017 berikutan faktor keselamatan oleh pentadbiran terdahulu, perkhidmatan e-seru motosikal, Dego Ride menyambung semula operasinya hari ini. Menurut Harian Metro, Dego Ride yang dibangunkan oleh rakyat tempatan itu akan beroperasi di sekitar Lembah Klang, Shah Alam dan Putrajaya.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha rakyat tempatan terutama golongan belia yang mempunyai visi merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Kata beliau, 1 Januari 2020, menandakan hari bersejarah bagi Malaysia, yang melihat permulaan perkhidmatan e-seru motosikal di negara ini.

JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter

Jelas Syed Saddiq, pelaksanaan perkhidmatan e-seru ini dijangka bakal mewujudkan kira-kira 5,000 lagi peluang pekerjaan bagi terutama dari golongan B40 (kumpulan pendapatan bawah 40 peratus). Katanya, perkhidmatan e-seru sebenarnya dapat membantu menjadi pemangkin ke arah membangunkan industri baharu sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan operasi Dego Ride di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj. Syed Saddiq berkata, pihaknya berharap Dego Ride mampu untuk setanding dengan syarikat e-seru antarabangsa seperti Gojek dan Grab pada masa hadapan.



JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

Beliau turut diberitahu bahawa belia yang menyertai Dego Ride ini boleh mencapai pendapatan bulanan antara RM1,500 hingga RM3,000. Sambutan Dego Ride begitu memberangsangkan apabila menerima kira-kira 4,000 permohonan daripada penunggang.

Perkhidmatan Dego Ride mula diperkenalkan pada November 2017 dengan kadar tambang RM2.50 untuk perjalanan sejauh 3 kilometer (km) serta tambahan RM0.60 untuk 1 km berikutnya. Kadar tambang terkini adalah pada RM3 untuk perjalanan sejauh 3 km dan tambahan RM1 bagi setiap 1 km seterusnya. Aplikasi Dego Ride boleh dimuat turun menerusi Appstore dan Play-store.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply