ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua ‘acah sedikit’ wajah Alza 2022 (D27A) dalam video terbaharu

Berita Tempatan

Views

Hari ini laman Facebok rasmi Perodua menyiarkan pula video acah keempat Alza 2022 (D27A). Apa yang menarik, kita dapat melihat sedikit wajah sebenar Alza 2022 (D27A) berwarna Vintage Brown yang menyorok di sebalik lori syarikat penghantaran.

Video tersebut sebenarnya memaparkan fungsi Monitor Pandangan Panoramik 360 darjah yang boleh diaktifkan dengan hanya menekan butang pada stereng. Ciri ini hanya ditawarkan pada varian Alza 1.5L AV sahaja.

Tempahan model ini telah pun dibuka dan ia ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu X (asas), H (pertengahan) dan AV (andalan).

Alza 2022 (D27A) dikuasakan oleh 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i (103 PS, 136 Nm daya kilas) dengan pilihan transmisi D-CVT dengan pilihan mod pemanduan (Normal, Eco dan Power).

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Harga tentatif Perodua Alza 2022 (D27A) mengikut varian (harga tanpa insurans dan termasuk cukai jualan) adalah:

  • Alza 1.5L X (CVT) – RM62,000
  • Alza 1.5L H (CVT) – RM68,000
  • Alza 1.5L AV (CVT) – RM75,000

Nantikan info seterusnya dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply