ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota India siar iklan acah Urban Cruiser Hyryder, kembar Maruti-Suzuki YFG dan SUV Perodua 2023 (D66B)

Berita Global

Views
Get ready for the hybrid wave.

Buat julung kalinya Toyota India mengacah warganet dengan video ringkas serta poster model SUV terbaharu, Toyota Urban Cruiser Hyryder (D22) menerusi saluran media sosial mereka.

Kembar kepada Maruti-Suzuki YFGVitara dan bakal SUV Perodua 2023 (namakod D66B) mula menunjukkan sedikit rupa paras sebenarnya.

Ia bakal membuat penampilan global sulungnya pada 1 Julai nanti. Reka bentuk depannya menggunakan konsep lampu terpisah, DRL di atas, manakala lampu utamanya diletakkan pada bampar.

Di belakang ia menampilkan rekaan lampu dengan jejalur LED berbentuk mirip lampu belakang Perodua Bezza, yang nipis dan disambungkan kepada kemasan bar krom yang memegang logo Toyota di tengahnya.

Kelihatan pula emblem ‘Hybrid’ yang dilekatkan pada penjuru atas pintu hadapan, betul-betul di bawah cermin sisi. Model ini akan dijana oleh pilihan trenkuasa hibrid ringan dan kuat yang digabungkan bersama enjin 1.5-liter petrol.

Varian hibrid kuat akan ditawarkan dengan tiga pilihan mod pemanduan iaitu petrol sepenuhnya, pemanduan hibrid dan EV sepenuhnya.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Dalam mod EV sepenuhnya, ia mampu bergerak kira-kira 80 km hingga 100 km, yang memadai bagi sesebuah model hibrid. Selain itu, kecekapan bahan api keseluruhan dijangka meningkat sehingga 23 km/liter.

Model ini juga digembar-gemburkan bakal menjadi SUV versi Perodua pada tahun hadapan. Model dengan namakod D66B itu bakal dijana dengan enjin Dual VVT-i 1.5L untuk versi asas dan pilihan trenkuasa hibrid untuk varian andalan.

Dalam artikel terdahuluPerusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah mendaftarkan dua nama baharu, iaitu Traz dan Nexis, di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang mungkin ‘disimpan lebih awal’ bagi kegunaan model baharu mereka nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Toyota India

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply