ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Alza menang anugerah ‘Kenderaan Terbaik’ di Anugerah Kenderaan Terbaik DSF.my-Allianz (VOTY) 2023

Berita Tempatan

Views

Perodua Alza muncul sebagai pemenang anugerah Kenderaan Terbaik di Anugerah Kenderaan Terbaik DSF.my-Allianz (VOTY) 2023 di The Saujana Hotel Kuala Lumpur pada 26 Mei lalu.

MPV itu dipilih sebagai pemenang kerana menjadi kenderaan bernilai tinggi untuk wang dan kenderaan baharu yang lengkap untuk tahun ini, ditambah dengan ciri keselamatan terbarunya dan pakej 7 tempat duduk yang fleksibiliti.

Ketua Pegawai Operasi, Perodua Sales Sdn Bhd, JH Rozman Bin Jaafar berkata, pihaknya berterima kasih kepada DSF.my dan Allianz Malaysia kerana memilih Alza sebagai Kenderaan Terbaik 2023.

Dianjurkan oleh laman sesawang permotoran Malaysia, DSF.my dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) sejak 2017, anugerah VOTY tahun ini menampilkan 19 kategori yang mengiktiraf teknologi terbaik, serta individu dan pasukan di belakang tabir.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Anugerah tahun ini turut mencalonkan 19 buah model kenderaan elektrik (EV). Antara pemenang lain termasuk Honda HR-V Turbo (Crossover of the Year), Maserati Grecale GT (Performance Luxury SUV of the Year), Ora Good Cat Ultra 500 (Electric Car of the Year).

Selain itu, Ketua Pegawai Penjenamaan Pro-Net, Salawati Yusoff, dianugerahkan Wanita Automotif 2023 dan Ketua Jualan Jaguar Land Rover Kelvin Chuah, membawa pulang gong untuk Lelaki Automotif 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang berkata, anugerah VOTY merupakan wadah untuk pihaknya menunjukkan sokongan dan penghargaan buat penggiat industri automotif.

Anugerah VOTY juga merupakan majlis anugerah automotif tempatan pertama yang menghargai rekaan automotif yang inovatif dan individu yang telah bekerja keras membawanya ke tanah air.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Pemenang Anugerah VOTY telah dipilih berdasarkan merit oleh kakitangan editorial DSF.my, yang diketuai oleh ketua editorial Daniel Fernandez dan pasukan penulisnya.

Berikut adalah senarai penuh pemenang anugerah DSF.my-Allianz VOTY Awards 2023:

  • Vehicle of the Year 2023 – Perodua Alza
  • Crossover of the Year – Honda HR-V Turbo
  • Performance Luxury SUV of the Year – Maserati Grecale GT
  • Family Sedan of the Year – Toyota Vios
  • Luxury SUV of the Year – Range Rover
  • SUV of the Year – Kia Sorento 2.5L
  • Hybrid of the Year – Honda Civic e:HEV RS
  • Compact Car of the Year – Perodua Axia
  • Exterior Design of the Year – Hyundai Staria
  • Cabin Design of the Year – Mazda MX-30
  • Pickup Truck of the Year – Ford Ranger Wildtrak
  • Electric Car of the Year – Ora Good Cat Ultra 500
  • Electric Crossover of the Year – BYD Atto 3 Extended Range
  • Electric Luxury Sedan of the Year – Mercedes-Benz EQE 350+
  • Electric SUV of the Year – Volvo C40 Recharge Pure Electric

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply