Akhirnya segala penantian terjawab dan sebentar tadi PT Toyota Astra Motor (TAM) telah membuat debut global sulung (World Premiere) model terbaharunya, iaitu Toyota Yaris Cross di Indonesia.
Model ini berbeza dengan Yaris Cross yang dijual di pasaran Eropah kerana ia dibangunkan khusus untuk pasaran negara membangun seperti di rantau Asia Tenggara (ASEAN).
Yaris Cross 2023 dibina berasaskan pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA-B) dan ditawarkan dengan dua pilihan enjin, iaitu aspirasi alami (NA) 1.5-liter Dual VVT-i 2NR-VE dan rangkaian kuasa hibrid baharu, 2NR-VEX.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Enjin versi NAnya mampu menjana output sebanyak 78 kW dan 138 Nm daya kilas. Ia digandingkan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual dan D-CVT.
Manakala versi hibridnya pula mampu menghamburkan output 82 kW dan digandingkan dengan transmisi eCVT.
Difahamkan rangkaian kuasa hibrid ini adalah yang terbaharu dan belum pernah lagi digunakan pada mana-mana model Toyota mahupun Daihatsu.
Dari segi dimensi, Yaris Cross 2023 berukuran 4,310 mm panjang, 1,770 mm lebar, 1,615 mm tinggi dan jarak antara gandar rodanya pula berukuran 2,620 mm.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Varian mercunya dilengkapi dengan beberapa ciri utama seperti bumbung lut cahaya panorama, pintu belakang kuasa dengan penderia tendang, pencahayaan ambien, tempat duduk larasan elektrik, kluster instrumen digital, pengecas nirwayar dan teknologi bantuan pemandu termaju.
Setakat ini pihak TAM hanya membuat pengenalan global untuk hari ini masih belum menjual Yaris Cross 2023 secara rasmi di Indonesia. Model itu dijangka dijual dengan tanda harga kira-kira Rp 300 juta (RM91,047).
Adakah Yaris Cross 2023 mempunyai ‘pertalian saudara’ dengan bakal SUV baharu Perodua, iaitu D66B? Seperti yang kita ketahui, Perodua kini sedang membangunkan SUV segmen-B yang bakal dilancarkan Jun 2024.
Menurut ejen perisik Mat Bond, bakal pesaing terkuat kepada Proton X50 ini bakal dijana dengan enjin Dual VVT-i 1.5L sahaja buat permulaan dan varian hibridnya dijangka tiba sedikit lewat.
Perodua juga telah pun mendaftarkan tanda dagang bagi nama Nexis dan Traz di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sejak 29 April 2022.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit AutoFun Indonesia dan Facebook
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI