ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Bezza 2020 bakal dilancarkan minggu depan

Info

Views

Perodua tidak mahu menunggu lama untuk melancarkan Bezza 2020 (facelift) dan menurut maklumat yang kami terima, ia bakal dilancarkan minggu depan. Semalam, tempahan model Bezza 2020 telah pun dibuka secara rasmi dengan harga yang bermula dari RM34,580 hingga RM49,980 (harga atas jalan tanpa insuran di Semenanjung Malaysia).

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Bezza berwajah baharu ini bakal ditawarkan dengan empat pilihan varian, 1.0 G MT, 1.0 G AT, 1.3 X AT dan 1.3 V AV. Untuk versi 2020, Bezza tampil dengan jeriji hadapan dan bampar rekaan baharu, lampu hadapan jenis LED dan skirt sisi dwi-tona untuk semua varian.

Varian X dan AV dilengkapi dengan rim aloi 15 inci manakala cermin sisi berkuasa boleh laras kini terdapat pada semua varian (boleh dilipat pada AV). Dua warna turut memperkenalkan, iaitu Garnet Red (bagi varian 1.3 liter sahaja) dan Granite Grey, selain empat warna sedia ada, iaitu Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue dan Sugar Brown.



JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) 2.0 buat pertama kalinya ditawarkan pada Bezza 2020 menerusi varian AV sekali gus menjadikannya sedan mampu milik yang pertama memiliki ciri tersebut. Varian X kini dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman yang mana sebelum ini hanya terdapat pada varian AV.

Antara ciri-ciri menarik baharu Bezza 2020, ialah kombinasi meter beriluminasi putih, kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci dan sensor sisi hadapan untuk varian X dan AV. Semua varian didatangkan dengan sensor undur, manakala varian AV turut dilengkapi dengan kamera undur. Bezza 2020 didatangkan dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).

PERODUA BEZZA 2020
VarianWarnaHarga
1.0 G MTIvory WhiteGlittering SilverOcean BlueSugar BrownGranite GreyRM34,580
1.0 G ATRM36,580
1.3 X ATGarnet RedRM43,980
1.3 AV ATRM49,980
Semua harga atas jalan sebelum insuran di Semenanjung Malaysia

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto rasmi Perodua Bezza 2020 (resolusi rendah)

Foto intipan Perodua Bezza 2020

JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply