ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Perodua jual hampir 58k unit kenderaan pada suku pertama 2021 – Ativa muncul SUV kompak terlaris bulan Mac

Berita Tempatan

Views

Perodua menganggarkan jualan sebanyak 57,911 unit kenderaan dalam suku pertama 2021 (1Q21), meningkat 29 peratus berbanding 44,977 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lalu. Ini berikutan peningkatan pengeluaran bagi semua modelnya, terutama sekali Ativa yang baru dilancarkan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, bulan Mac menyaksikan peningkatan jumlah jualan kepada 24,433 unit yang didorong permintaan tinggi, terutamanya bagi Ativa. Tambahnya, model itu telah menerima sebanyak 14,574 tempahan sejak 19hb Februari lalu.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Pendaftaran Perodua juga melonjak 47.3 peratus kepada 24,433 unit pada Mac 2021 berbanding 16,583 unit pada Februari 2021. DatukZainal menambah, daripada 14,574 tempahan Ativa yang diperoleh setakat ini, 4,345 unit telah diserahkan sejak pelancarannya pada 3hb Mac lalu.

Kata beliau lagi, 67 peratus daripada permintaan setakat ini adalah untuk varian AV. Ini sekali gus menjadikan Ativa sebagai  SUV kompak terlaris di negara ini pada bulan Mac. Dari segi pengeluaran, beliau berkata, Perodua telah menghasilkan 60,383 unit kenderaan pada 1Q21, meningkat 23 peratus berbanding 49,280 unit yang dihasilkan pada 1Q20.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Tambah beliau, buat masa ini, cabaran terbesar yang dihadapi adalah kekurangan cip semikonduktor, yang memberi kesan yang berbeza-beza kepada setiap pengeluar kenderaan pada skala global. Pihaknya kini sedang bekerjasama dengan rakan niaga untuk mencari bekalan alternatif dan pada masa yang sama memantau keadaan setiap hari untuk memastikan operasi pengeluaran berterusan.

Meskipun berdepan dengan isu semikonduktor, Perodua masih mampu mencapai sasaran jualan 2021 sebanyak 240,000 unit. Sasaran jualan 2021 Perodua mewakili peningkatan 9 peratus daripada 220,163 unit yang dijual pada 2020.

Ia dijangka membawa kepada perbelanjaan rekod sebanyak RM6.5 bilion pada tahun ini untuk membeli komponen tempatan. Perodua juga mensasarkan pengeluaran sebanyak 272,000 unit (naik 23 peratus daripada 220,968 unit pada 2020) dan 2.4 juta pengambilan servis (meningkat 20 peratus daripada 2 juta pengambilan servis pada 2020) bagi tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “[email protected]” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply