ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM tawar percutian mewah dengan pembelian Passat

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) bakal menawarkan pelanggan pengalaman percutian mewah di Pangkor Laut Resort bagi setiap pembelian model Passat. Bermula sekarang hingga 30 April 2021, pelanggan yang membeli Passat Elegance dan R-Line akan menerima penginapan percuma secara eksklusif Pangkor Laut Resort.

Bukan itu sahaja, Passat Elegance hadir dengan insurans percuma selama setahun bernilai RM5,500 manakala Passat R-Line pula didatangkan dengan petrol percuma selama setahun bernilai RM2,500. Pengalaman percutian di Pangkor Laut Resort merangkumi penginapan selama dua malam untuk dua orang di Hill Villa yang menawarkan pemandangan laut dan taman tropika yang indah.

Termasuk di dalam pakej itu ialah tiga hidangan setiap hari dan tetamu akan menerima satu sesi mengurut selama 50 minit di Spa Village Pangkor Laut. Pakej itu turut merangkumi perjalanan pergi balik menaiki bot laju dari Marina Island Pangkor ke tanah besar.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa pakej tersebut memberi peluang kepada pelanggan Volkswagen untuk menikmati keindahan Malaysia. Menerusi kempen ini, pihaknya gembira untuk menawarkan pelanggan peluang untuk menikmati dua pemenang anugerah secara sekali gus.

Pangkor Laut Resort yang merupakan pemilikan peribadi ialah sebuah pulau yang terletak tiga batu dari pantai barat Malaysia di Selat Melaka. Konsepnya yang unik iaitu “Satu Pulau, Satu Resort” menjanjikan eksklusiviti, ketenangan dan keharmonian.

Pulau tersebut menempatkan sebuah resort dengan 140 buah villa dan lapan buah Estate yang bergabung dengan hutan seolah-olah alam semula jadi itu sebahagian daripada seni binanya. Passat Elegance dan varian yang lebih sporty, Passat R-Line merupakan sedan saiz sederhana paling laris di dunia.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Kedua-duanya dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI yang dipadankan bersama transmisi cekam berkembar basah direct shift 7-kelajuan (DSG) untuk menjana kuasa 190PS dan 320Nm daya kilas. Varian tertinggi R-Line juga dilengkapi dengan Kawalan Casis Dinamik (DCC) dan pelbagai ciri termaju.

Dengan pengecualian cukai jualan sekarang, Elegance ditawarkan pada harga RM181,856 manakala R-Line berharga RM203,411. Pada 10 dan 11 April, para pengedar Volkswagen di seluruh negara akan menganjurkan acara The Passat Escape bagi menunjukkan ciri-ciri terbaik varian Elegance dan R-Line, di samping pelbagai tawaran serta promosi menarik.

Pelanggan dijemput untuk mengikuti saluran media sosial pengedar yang mengambil bahagian atau mengunjungi mana-mana bilik pameran sah Volkswagen. Semua model Volkswagen hadir dengan servis percuma selama 3 tahun termasuk bantuan pinggir jalan dan jaminan tanpa had perbatuan selama 5 tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply