ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua kekalkan prestasi cemerlang, jual 282,019 unit kenderaan pada 2022

Berita Tempatan

Views

Tahun 2022 menyaksikan Perodua berjaya meningkatkan pengeluaran sebanyak 49.5 peratus kepada 289,054 unit berbanding 193,400 unit pada 2021.

Jumlah jualan juga meningkat sebanyak 48.2 peratus kepada 282,019 unit berbanding 190,291 kenderaan yang didaftarkan pada 2021.

Selepas jualan pula menyaksikan jumlah pengambilan meningkat kepada 2.6 juta, iaitu kenaikan sebanyak 30 peratus daripada 2.0 juta pengambilan servis pada 2021.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, pencapaian ini juga merupakan komitmen bersama ekosistem tempatan kepada para pelanggan dan peranannya bersama untuk memajukan industri ini.

Jelas beliau, industri banyak belajar ketika melalui fasa pandemik dan Perodua menyedari bahawa perlunya mengambil langkah yang proaktif untuk pulih pada 2021, yang mana menyaksikan pelbagai cabaran dan daripada itu mereka memaksimumkan potensi ekosistem pada 2022.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Beliau berkata, tahun 2022 juga mempunyai cabarannya termasuk pemulihan ekosistem akibat daripada banjir besar, kekurangan pekerja akibat lonjakan kes Covid-19 di peringkat pembekal, kekurangan bekalan cip semikonduktor dan peningkatan mendadak harga bahan mentah.

Tambah beliau, dengan perancangan yang betul, Perodua dan rakan niaganya bukan sahaja dapat mengatasi cabaran ini tetapi juga memperoleh pertumbuhan yang sangat diperlukan untuk industri.

Hasilnya, tahun 2022 terbukti tahun terbaik setakat ini buat Perodua secara khususnya dan industri automotif Malaysia amnya.

Ini boleh dilihat pada prestasi pengeluaran dan jualan Disember 2022, yang mana secara puratanya 1,000 kenderaan dikeluarkan dan didaftarkan setiap hari.

Bagi 2023, beliau berkata Perodua dan rakan niaganya akan memberi tumpuan untuk memanfaatkan pertumbuhan yang dicapai setakat ini dan mengembangkan lagi kapasiti.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Bagi merealisasikannya, Perodua berharap harga bahan mentah dan harga bahan api kekal terurus dan pada masa yang sama juga berharap pertukaran mata wang asing serta kadar faedah akan lebih menggalakkan pertumbuhan industri.

Beliau menambah, buat masa ini, sekiranya faktor-faktor ini kekal pada paras yang wajar, Perodua akan mengekalkan harga kenderaannya.

Buat masa ini, keutamaan Perodua adalah untuk menghantar kenderaan Perodua kepada mereka yang menempah dalam tempoh pengecualian cukai jualan kerana harga kenderaan ini akan kekal seperti yang dipersetujui sehingga tarikh akhir 31 Mac 2023.

Beliau juga berkata Perodua akan terus memperkenalkan teknologi baharu di dalam produk dan perkhidmatannya pada masa hadapan serta melabur di dalam inovasi teknologi bagi operasinya.

Selain itu, Perodua juga akan menggalakkan rakan niaga, iaitu para pembekal dan pengedar untuk terus melabur dalam teknologi baharu supaya mereka lebih berdaya saing dan produktif.

Perodua juga akan mengumumkan senarai penuh sasarannyai pada bulan Januari dan beliau ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas sokongan berterusan mereka, rakan kongsi, kakitangan Perodua dan juga para pelanggan atas sokongan setia mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply