ARKIB

KATEGORI

Buletin

Disebabkan imej yang teruk, jenama SsangYong bakal dikenali sebagai KG Mobility

Berita Tempatan

Views

Pengeluar kenderaan tertua di Korea Selatan, SsangYong telah dimiliki oleh KG Group tahun lalu dan ‘tuan baharu’nya itu sedang merancang untuk membuat penukaran nama gara-gara reputasinya yang teruk.

Jenama tersebut bakal dikenali dengan nama KG Mobility, manakala segala produk keluarannya nanti akan menerima logo baharu. Perkara ini telah pun disahkan oelah pengerusi KG Group, Kwak Jea-sun.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Ujar beliau, nama SsangYong Motor mempunyai memori yang indah, namun turut mempunyai imej yang ‘tercalar teruk’. Tambahnya, mulai sekarang semua kereta SsangYong akan berada di bawah nama KG.

Meskipun bertukar nama, tetapi sejaranhya tidak berubah dan kondisinya juga masih sama. SsangYong telah mula diasaskan pada 1954, namun nama SsangYong mula membuat kemunculan pada penghujung era 1980an.

Ia kemudiannya dibeli oleh Daewoo, dijual kepada SAIC Motor dari China dan diambil alih pula oleh Mahindra & Mahindra dari India. Penukaran nama tersebut perlu diluluskan oleh pemegang saham semasa mesyuarat pada Mac tahun ini.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Jika memperoleh ‘lampu hijau’, ia juga akan disusuli pula dengan pemasaran, termasuk logo jenama dan identiti korporat. Kwak mengakui bahawa penukaran nama itu adalah suatu keputusan yang sangat sukar kerana ia telah digunakan sejak 35 tahun yang lalu.

Menurut The Korea Herald, nama baharu KG Mobility mungkin memberi gambaran potensi peralihan dalam strategi perniagaan SsangYong daripada pembuat kereta tradisional kepada firma mobiliti.

Buat masa ini, jenama itu menjual kenderaan di Korea Selatan, Australia, Eropah dan beberapa pasaran lain. Terbaharu, ia memperkenalkan SUV, Torres sebagai tambahan baharu kepada rangkaian model di Korea Selatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply