ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda lepasi sasaran jualan 2022, kekal ‘Jenama Kenderaan Penumpang Bukan-Nasional’ Nombor 1 di Malaysia!

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia telah berjaya merekodkan jumlah jualan melebihi 80,200 unit pada tahun 2022, sekali gus melepasi sasaran jualannya iaitu 80,000 unit. Ini juga menyaksikan peningkatan sebanyak 51 peratus jumlah jualan berbanding dengan tahun sebelumnya.

Prestasi cemerlang ini juga membolehkan mereka kekal sebagai ‘Jenama Kenderaan Penumpang Bukan-NasionalNombor 1 di Malaysia untuk tahun kesembilan berturut-turut sejak 2014. Bulan Mac 2022 pula merekodkan jumlah jualan tertinggi, melebihi 10,500 unit.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, tahun 2022 merupakan tahun yang sangat mencabar dengan kekurangan bekalan cip dan bencana banjir yang memberi kesan kepada pengeluaran kereta.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Pihaknya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat para pelanggan dan pengedar atas sokongan yang padu, serta kerajaan Malaysia yang melanjutkan tempoh pengecualian cukai.

Honda Malaysia kini sedang berusaha keras dengan pembekal dan juga pengedar bagi memastikan penghantaran yang tepat pada masanya kepada para pelanggan, khususnya mereka yang membuat tempahan semasa tempoh pengecualian cukai.

Pencapaian luar biasa ini telah disumbangkan oleh pelancaran Civic pada bulan Januari. Pengenalan HR-V pada bulan Julai telah berjaya menaikkan aras dalam segmen SUV kompak dan ia juga merupakan salah satu daripada tiga penyumbang terbesar kepada jumlah jualan pada 2022.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Tirai 2022 dilabuhkan dengan pengenalan Civic e:HEV RS pada bulan November, yang menerima sambutan luar jangkaan dari pasaran. Model terlaris Honda pada 2022 ialah City, yang menyumbang sebanyak 36 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan.

City Hatchback dan HR-V juga merupakan tiga model berprestasi-cemerlang dengan 20 peratus dan 14 peratus daripada jumlah jualan. Wilayah Tengah pula menjadi penyumbang jualan terbesar dengan 51 peratus, diikuti dengan Selatan dan Utara dengan masing-masing 19 peratus dan 17 peratus.

Untuk tahun 2023, Honda Malaysia optimis bahawa ia akan menjadi satu lagi tahun yang menarik dan bakal menyaksikan persaingan yang sihat dalam industri automotif tempatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply