ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua panggil balik Myvi (2018-2019) untuk ganti unit pam bahan api?

Berita Tempatan

Views

Sebenarnya masalah pam bahan api untuk model Perodua Myvi generasi ketiga telah mula hangat diperkatakan sejak tahun lalu di laman group pemilik kenderaan tersebut di Facebook. Banyak juga unit yang terkesan dan kami juga pernah memaklumkan mengenai perkara tersebut kepada wakil pihak Perodua.

Nampaknya Perodua turut terkesan dengan isu pam bahan api global yang sebelum ini melibatkan model yang dikeluarkan oleh UMW Toyota (UMWT) seperti Toyota dan Lexus. Ia kemudiannya disusuli pula dengan Honda Malaysia pada Jun lalu. Menurut rakan media kami di WapCar.my, Perodua telah mengedarkan notis untuk ‘pemeriksaan kualitimotor pam bahan api bagi pemilik Myvi generasi ketiga.

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

Kempen ini telah dimulakan oleh Toyota Motor Corporation (TMC) sejak Mac lalu, melibatkan 3.2 juta kenderaan yang dikeluarkan di bawah syarikat tersebut dan Daihatsu turut terkena tempiasnya. TMC mula mengesyaki isu ini pada Jun 2019 apabila menerima sebanyak 66 laporan dan 2,571 tuntutan waranti yang berhubung kait dengan kegagalan pam bahan api di Amerika Syarikat (AS).

Masalah ini akan mengakibatkan enjin terhenti, hilang kuasa ketika memandu dalam kelajuan rendah, lampu amaran dan mesej pada panel instrumen tidak berfungsi, atau kereta tidak dapat dihidupkan. Sebarang situasi tersebut berkemungkinan besar meningkatkan risiko kemalangan pada kelajuan tinggi.

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Siasatan TMC di AS mendapati isu tersebut sering berlaku di kawasan selatan negara itu yang mengalami cuaca panas, seperti di Malaysia. Berbalik kepada isu pam bahan api Myvi, Perodua akan menanggung segala kos penukaran dan menggalakkan semua pemilik yang terjejas untuk membuat janji temu di pusat servis berhampiran.

Buat masa ini, model yang terjejas adalah Myvi keluaran tahun 2018 dan 2019. Hingga setakat ini tiada sebarang pengumuman rasmi oleh Perodua mengenai notis tersebut. Kami berharap agar para pemilik supaya sentiasa cakna dengan mengemas kini e-mel atau menghubungi terus Perodua untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply