ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua perkenal GearUp untuk Myvi facelift – Kit badan Ace, termasuk aksesori pilihan

Berita Tempatan

Views

Perodua hari ini secara rasminya memperkenalkan aksesori GearUp untuk model Myvi facelift. Ia merangkumi kit badan Ace termasuk pilihan beberapa aksesori naik taraf yang lain.

Pakej kit badan Ace lengkap Myvi facelift dijual pada harga RM2,500 dan boleh didapati untuk semua pilihan warna. Ia merangkumi:

  • Kit bampar depan
  • Kit bampar belakang
  • Skirt sisi
  • Spoiler belakang

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Sarung tempat duduk Ace juga ditawarkan pada harga RM750. untuk varian G, X dan H. Ia diperbuat daripada bahan PVC yang mudah untuk dibersihkan dengan kemasan dwitona (merah dan hitam) bersama kombinasi corak serat karbon.

Pakej Iluminasi turut ditawarkan sebagai pilihan dengan harga RM450. Pakej ini merangkumi:

  • Scuff plate LED depan dan belakang
  • Pencahayaan lantai

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Pemilik Myvi juga boleh menambah Pakej Utiliti sebagai pilihan yang dijual pada harga RM360. Ia merangkumi:

  • Visor pintu
  • Alas kaki
  • Pelapik barangan (luggage tray)

Selain itu, beberapa aksesori tambahan boleh dibeli secara berasingan, antaranya:

  • Aksesori sambungan abah-abah wayar – RM60
  • Perakam Video Digital (dashcam) – RM500
  • Kerusi keselamatan kanak-kanak (Perodua Care Seat) – RM680
  • Penebat pintu – RM445
  • Penebat hud – RM72
  • Kemasan krom cermin sisi – RM120
  • Pelindung suria magnetik – RM140
  • Kemasan krom tingkap – RM150
  • Lapik sisi pintu dengan kemasan krom – RM250
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) – RM430
  • Pendakap Anti-kecurian (4-dalam-1)  – RM145

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply