ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua perlihat ruang kabin Alza 2022 (D27A) dalam video acah terbaharu

Berita Tempatan

Views

Ini kali pertama Perodua memperlihatkan ruang kabin Alza 2022 (D27A) dalam video acah terbaharu yang disiarkan menerusi laman Facebook rasminya hari ini.

Seperti yang dijangka, ia berkongsi rekaan papan pemuka yang sama dengan dua kembarnya iaitu Daihatsu Xenia dan Toyota Avanza/Veloz di Indonesia.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Varian yang ditampilkan dalam video acah terbaharu ini sudah semestinya varian andalan iaitu Alza 1.5L AV (CVT). Ia menampilkan kemasan dwitona, kombinasi hitam dan coklat dengan calitan krom pada beberapa bahagian.

Apa yang pasti, kesemua varian Alza 2022 (D27A) akan dilengkapi dengan corong pendingin hawa di bahagian tengah yang boleh dilaraskan tetapannya.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Ini bagi memastikan penumpang dibaris kedua dan ketiga lebih nyaman serta selesa di sepanjang perjalanan. Dalam perkembangan lain, ada desas-desus mengatakan pelancaran Alza 2022 (D27A) bakal dilangsungkan pada 20 Julai nanti.

Namun hingga setakat ini, kami masih belum mendapat informasi mengenai bilakah tarikh sebenar pelancaran model tersebut yang sudah dua kali tertangguh. Apa pun, nantikan info terkini dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply