ARKIB

KATEGORI

Buletin

GPX lancar Demon GR200R di Thailand – Bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi!

Berita Global

Views

Pengeluar jentera dua roda dari Thailand, GPX Racing telah melancarkan model baharunya, Demon GR200R secara rasmi di negara Gajah Putih itu semalam. Pada masa yang sama juga, laman Facebook rasmi GPX Malaysia turut mengumumkan ketibaan model tersebut di negara ini tidak lama lagi.

Sekilas pandang, reka bentuk Demon GR200R persis jentera Yamaha YZF-R1 dan ia dijana oleh enjin GPX-Fi empat lejang silinder tunggal 198cc sejukan cecair yang mampu menghasilkan17.2Nm daya kilas pada 6,500rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Dari segi rekaan, jentera sportbike ini menampilkan rekaan hadapan yang cukup garang dengan lampu hadapan dan lampu siang jenis LED. Reka bentuk lampu belakangnya pula cukup unik dan bergaya dengan jejalur cahaya dari LED. Struktur badan motosikal ini pula menggunakan kerangka keluli jenis Trellis yang kukuh bagi membantu mengekalkan keseimbangannya.

Sebanyak 937 komponen perlu dicantumkan untuk menghasilkan motosikal yang mempunyai dimensi 747 mm lebar, jarak antara roda 2020 mm dan 1145 mm tinggi ini. Ia dibekalkan dengan rim bersaiz 17-inci yang membaluti tayar 100/80 di hadapan dan 140/70 di belakang.

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!

Sistem breknya pula menggunakan set cakera 276 mm dengan angkup dwi omboh di hadapan, manakala di belakang ia menggunakan cakera 220 mm dengan angkup omboh tunggal. Motosikal ini dilengkapi dengan fork songsang (USD) di hadapan dan di belakang ia dipasang dengan sistem gantungan jenis monoshock dengan Multi-Link dari jenama YSS dengan pelarasan prabeban tujuh tahap.

Ini bagi memastikannya untuk mengimbangi gaya tunggangan yang berbeza dan menyerap gegaran pada kapasiti penuh. Jentera seberat 150 kg ini dilengkapi dengan tangki minyak dengan kapasiti 11 liter. Paparan meternya pula adalah jenis digital LED sepenuhnya yang memaparkan pelbagai maklumat seperti takometer, odometer, tolok bahan api, tolok suhu enjin, kedudukan gear, mod tunggangan, jam dan pelbagai lagi.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kusyen pelana kembar bertingkat, corong ekzos yang sporty dan injak kaki aluminium dengan kemasan warna emas. Model ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna merah, hitam dan kelabu dengan corak grafik yang sama. GPX Demon GR200R dijual di Thailand dengan tanda harga 76,500 baht (RM10,601) dan turut diberikan jaminan selama 3-tahun dengan jarak perbatuan 30,000 km.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply