Anda mesti ingat lagi artikel tentang seorang wanita yang memaki polis kerana tidak berpuas hati terperangkap dalam sekatan jalan raya Op Covid beberapa hari lalu kan? Astro Awani melaporkan, hari ini, wanita tersebut telah didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas dua pertuduhan menghalang tugas dan mengeluarkan kata kurang sopan terhadap penjawat awam.
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
Tertuduh, Tong Poh Kim, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim. Mengikut pertuduhan, dia didakwa atas kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil kerana mengeluarkan kata kurang sopan ‘idiot‘ (bodoh) terhadap seorang anggota polis dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.
Bagi pertuduhan kedua, dia didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
Kesemua perbuatan itu dilakukan pada 31 Mac lalu pada jam 9.40 pagi ketika operasi sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Jalan Persiaran Surian menghala masuk ke Pelangi Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 bagi dua pertuduhan tersebut dengan seorang penjamin. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris dan sebutan semula kes ditetapkan pada 20 Mei depan .
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
KOMEN TERKINI