Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Seorang pesara dari Setia Alam telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Utama peraduan X Marks The Future Contest yang dianjurkan oleh Quill Automobiles. Kisahnya begini, En. Wong Ngai Chee pada mulanya telah dihadiahkan sebuah BMW X1 oleh anak perempuannya pada tanggal 13 Ogos 2019, sekaligus layak menyertai peraduan.
Semalam, beliau sekali lagi menjadi insan yang paling bertuah kerana telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Utama peraduan itu dan telah berjaya membawa pulang sebuah BMW Z4 sDrive30i M Sport di acara kemuncak yang berlangsung di Quill 9, Petaling Jaya.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
Dilancarkan pada Julai 2019, peraduan tersebut merupakan inisiatif Quill Automobiles dalam meraikan pencapaian mereka dengan pemberian roadster klasik. Peraduan tersebut telah menarik perhatian ramai dengan 3,000 penyertaan sepanjang 6 bulan ia berlangsung, dari Julai 2019 hingga Januari 2020.
Pengedar Utama, Alex Tang bersama barisan juruaudit telah memastikan keputusan yang dibuat adalah adil dan tepat semasa. Pengarah Eksekutif Kumpulan daripada Quill Group of Companies, Datuk Michael Ong telah membuat cabutan dan seterusnya mengangkat nama En. Wong sebagai pemenang. Beliau telah membawa pulang sebuah BMW Z4 yang baru sahaja dilancarkan tahun lalu.
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
BMW Z4 merupakan roadster premium yang boleh mencecah kelajuan 0-100km/j dengan hanya 5.4 saat.
Millie Yap muncul pemenang Hadiah Kedua dan membawa pulang set bagasi eksklusif berjenama TUMI bernilai RM2,690. Angeline Kwan pula menjadi pemenang Hadiah Ketiga dan memenangi pakej makan malam di Le Petit Chef oleh Elements KL bernilai RM1,998.
Menurut pengedar utama Quill Automobiles, Alex Tang, peraduan X Marks the Future memberi peluang kepada mereka untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh para pelanggan. Bagi En. Wong pula, beliau sebenarnya tidak merancang untuk hadir ke majlis tersebut, dan gembira kerana membuat keputusan untuk menghadirkan diri. Tambah beliau, mereka sekeluarga merupakan pelanggan setia Quill Automobiles, dan pengalaman sekali seumur hidup ini membuatkan semua rasa berbaloi setelah sekian lama.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
KOMEN TERKINI