ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pesawat Air Asia bawa logo UTM terbang di awan biru

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi The Royal Johor sebentar tadi memuat naik hantaran terbaharu mereka mengenai majlis pelancaran sebuah pesawat Air Asia yang memaparkan liveri logo Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Majlis tersebut telah berlangsung di Terminal Penerbangan Perniagaan Senai di Senai, hari ini.

Idea ini telah dicetuskan oleh DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah yang merupakan Canselor universiti tersebut semasa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dijemput untuk menyampaikan ceramah utama di sana dua tahun lalu.

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Raja Zarith mahu ia menjadi inisiatif penjenamaan bersama antara UTM dan AirAsia sejajar dengan program Program Perancangan Global Universiti 2012-2020 Fasa III. Rekaan liveri baharu pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-AHE ini telah direka oleh pensyarah dan pelajar Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM, diketuai oleh Encik Azari Mat Yasir bersama dengan AirAsia.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Untuk meraikan Tuanku Permaisuri dan ahli felo UTM, Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan bahawa liveri ini akan terus kekal pada badan pesawat tersebut. UTM kerjasama ini dapat membantu mempromosikan universiti tersebut di peringkat antarabangsa, terutama di rantau ASEAN.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, Ahli Lembaga  UTM, Datuk Ismail Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat. Syabas UTM, terima kasih AirAsia!

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Facebook rasmi The Royal Johor

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply