ARKIB

KATEGORI

Buletin

PETRONAS anjur Simposium Bendalir Kenderaan Elektrik (EV) pertama di Turin

Berita Global

Views

Baru-baru ini, buat julung kalinya PETRONAS Lubricants International (PLI) telah mengadakan satu Simposium Bendalir Kenderaan Elektrik (EV) bertempat di Pusat Penyelidikan dan Teknologi Global (R&T) di Turin, Itali. Simposium sehari itu telah berjaya menarik lebih 120 peserta yang menghimpunkan pakar industri dari seluruh pelusuk dunia bagi membincangkan dan manampilkan inovasi EV yang menyokong masa depan e-mobiliti yang bersih, cekap tenaga dan lebih mampan.

Ia dijadikan sebagai platform kepada pakar-pakar ini untuk berkongsi trend teknologi EV masa depan, relevan pasaran dan peranan bendalir dalam evolusi teknologi e-transmisi dan bateri. Selain itu, simposium ini disasarkan untuk menggalakkan perbincangan mengenai menguruskan cabaran iklim dengan memanfaatkan perkembangan teknologi EV dan disiplin operasi.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PLI, Giuseppe D’Arrigo berkata mereka berikrar untuk menggandakan pelaburan dan mendedikasikan 75 peratus daripada perbelanjaan R&Tnya dalam projek-projek yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan CO2.

Usaha PLI ke dalam pasaran EV yang diumumkan pada awal tahun ini melalui pelbagai jenis e-bendalir PETRONAS iona. Simposium ini adalah inisiatif mereka yang seterusnya untuk bekerjasama, kemungkinan yang sengaja dan menetapkan agenda bersama ke arah masa depan yang lebih bersih.

Semasa simposium, PLI turut berkongsi hasil kajian global pertama industri dalam Teknologi dan Bendalir EV yang memberi tumpuan kepada Unit Pemacu Elektrik dan Bateri. Kajian yang dijalankan dengan kerjasama FEV Consulting, menyimpulkan bahawa inovasi adalah penting dalam memajukan prestasi dan ketahanan EV, dan penambahbaikan yang berterusan diperlukan untuk menggalakkan peningkatan kadar penggunaan pengangkutan elektrik oleh pengguna.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Mengulas mengenai perkara ini, Pengasas Electric Vehicle Outlook & Event Host, Roger Atkins berkata perubahan adalah cabaran dan dengan intergrasi pantas kenderaan elektrik ke dalam eko-sistem mobiliti global, cabaran itu dipenuhi dengan kerjasama yang belum pernah berlaku dan aktif antara OEM, ahli akademik, dan pasukan kejuruteraan pintar di dunia.

Di Pusat R&T Global PETRONAS , peserta berpeluang untuk melawat makmal pembangunan produk dan fasiliti ujian mekanikal untuk memahami kerja-kerja eksperimen yang membabitkan pembangunan e-bendalir PETRONAS. Sejak pengenalan Komitmen Karbon PETRONAS 2012, syarikat telah telah menurunkan pemantauan jejak karbon sebanyak 13 peratus dari 2017, yang merupakan pengurangan sebanyak 12 juta tan pelepasan gas rumah hijau.

PETRONAS juga bekerjasama dengan Daimler Automotive dalam projek hijau ke arah pengawalan bahan api dan pelepasan kenderaan rendah karbon. Baru-baru ini, PETRONAS  meningkatkan usaha ke arah masa depan yang mampan termasuk penubuhan Garis Panduan Komitmen Karbon PETRONAS dan Unit Tenaga Baharu untuk meningkatkan keupayaan dalam bidang yang boleh diperbaharui.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply