ARKIB

KATEGORI

Buletin

Petronas AutoExpert yang pertama di Perak kini dibuka

Berita Tempatan

Views

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah merasmikan sebuah pusat servis kenderaan, Is Tayar Maju Sdn Bhd di bawah program Pembangunan Usahawan Automotif MARA-Petronas (PUMP) yang pertama di negeri Perak.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfikri Osman, pembukaan pusat servis itu adalah selari dengan objektif MARA dalam membangunkan komuniti usahawan automotif yang dinamik dan kompeten.

Sejak tahun 2021, MARA aktif memperkasa jenama perniagaan program PUMP dalam meningkatkan imej dan menepati piawaian industri, seterusnya memperkukuhkan jenama program supaya ianya dilihat setara atau lebih baik daripada pesaing di pasaran.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Hadir sama, ahli Pengurusan dan Subsidiari MARA, wakil Petronas, pemain industri dan usahawan dalam bidang tersebut.

PUMP yang berkolaborasi bersama Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMMSB) itu dilengkapi dengan modul latihan berstruktur yang komprehensif dan seterusnya usahawan akan melaksanakan proses pengubahsuaian premis bagi mewujudkan outlet di bawah jenama tersebut.

Selain daripada latihan dan pengubahsuaian, usahawan yang terpilih turut akan menerima khidmat nasihat serta dibantu dengan kemudahan pembiayaan perniagaan bagi mereka yang layak.

&

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Proses pengubahsuaian pula dijangka mengambil masa selama 3 bulan. Ketua Pegawai Eksekutif PLMMSB, Mohd Zameer B Mohd Zahur Hussain berkata, pihak Petronas amat berbesar hati kerana dapat meneruskan kerjasama dengan MARA, bagi memperkasakan ekonomi para usahawan di Malaysia.

Tambah beliau, pihaknya akan memberi sokongan penuh kepada seluruh jaringan Petronas AutoExpert terutama dari segi kemahiran teknikal, latihan, peralatan dan pemasaran, agar semua pengusaha PUMP mendapat nilai mampan.

Sehingga kini, sebanyak 20 outlet PUMP telah dibangunkan melibatkan peruntukan pembiayaan sebanyak RM10.3 juta. Usahawan di bawah program ini telah mencapai nilai jualan sebanyak RM15.85 juta.

Pembukaan outlet Is Tayar Maju Sdn Bhd yang dimiliki oleh Ismail bin Ahmad, 52, secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan di samping mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply