ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tonton aksi musim baharu MotoGP 2023 secara ‘uji cuba’ percuma di SPOTV

Berita Tempatan

Views

Kehangatan saingan musim baharu perlumbaan MotoGP 2023 bakal bermula minggu ini dan para peminat sukan di Asia Tenggara boleh menyaksikannya secara ‘uji cuba’ (free trial) di SPOTV.

Para peminat boleh menonton aksi tersebut secara langsung menerusi aplikasi striming mereka, iaitu SPOTV NOW secara percuma selama dua minggu apabila mereka mendaftar dalam tempoh 22 Mac hingga 4 April 2023.

Ini bukan sahaja akan memberikan mereka akses kepada perlumbaan MotoGP di Portugal dan Argentina, malah Formula E Prix di Sao Paulo Brazil.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

2023 akan menjadi tahun yang besar bagi kalendar sukan permotoran kelas perdana apabila MotoGP World Championship 2023 meraikan edisi ke-75 dan tidak ketinggalan Grand Prix ke-1,000 di Le Mans pada bulan Mei nanti.

Dengan jumlah 21 Grand Prix di 18 negara dan dengan penambahan 21 perlumbaan Sprint MotoGP, musim 2023 akan bermula di Portugal pada 24 hingga 26 Mac 2023.

Kesemua aksi perlumbaan boleh disaksikan dengan liputan penuh kesemua perlumbaan MotoGP tahun ini di saluran SPOTV dan juga SPOTV NOW. Aksi di litar juga boleh disaksikan menerusi rakaman Helicam dan kamera pada jentera.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Selain itu kru SPOTV juga akan membawakan kandungan tambahan yang boleh diakses menerusi laman media sosial SPOTV seperti di belakang tabir dan sorotan perlumbaan harian, Facebook Live dari lapangan, paddock, zon peminat serta temubual ekslusif bersama para pelumba.

SPOTV komited dalam memperkenalkan era baharu dalam hiburan sukan dengan membawa peminat lebih dekat dengan sukan terkenal dunia, bukan sahaja di kaca TV, tetapi juga melalui aplikasi SPOTV NOW dan juga konten belakang tabir dan liputan di lapangan di @SPOTVMY di YouTube, Facebook, Instagram, TikTok dan Twitter.

SPOTV NOW boleh didapati di Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Filipina, dan Singapura di Google Play Store dan App Store. Saluran SPOTV di Malaysia boleh disaksikan di Astro dan Unifi TV.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply