ARKIB

KATEGORI

Buletin

PETRONAS Dagangan Berhad rai kejayaan bersama ‘duta’ media sosial

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini PETRONAS Dagangan Berhad telah menganjurkan parti cicipan (minum petang) penghargaan bersama ‘duta’ media sosial yang telah memainkan peranan yang besar dalam meningkatkan kesedaran jenama dan menjangkau jumlah pengikut yang lebih besar.

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020

Bertempat di Grand Hyatt KL, majlis ini dihadiri oleh beberapa selebriti tempatan yang menyokong jenama tersebut, antaranya Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Neelofa, Sharifah Sakinah, Diana Danielle, Shuib Sepahtu, Yann Lee, Naim Daniel, Ismail Izzanim, Chef Fendi, Anis Nabilah, dan pempengaruh media sosial yang lain.

Semasa acara berlangsung, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed M Tahir berkongsi wawasan syarikat dan bagaimana jenama itu dan pempengaruh media sosial boleh berkolaborasi untuk menjadikan tahun 2020 lebih berjaya. Pada 2019, telah berjaya mengekalkan kehadiran jenama yang tinggi berkat usaha pemasaran yang disasarkan dan pengaruh oleh penyokong jenamanya.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Bahan bakar PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive yang telah dilancarkan pada Januari 2019, telah merangkul Anugerah Platinum di Putra Brand Award buat pertama kali, selepas memenangi Anugerah Emas selama sembilan tahun yang lalu. Ini adalah penunjuk yang jelas mengenai persepsi jenama yang tinggi untuk bahan bakarnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply