Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. (SMSB) baru-baru ini telah memperkenalkan Raider R150Fi 2023 yang tampil dengan pilihan warna baharu.
Motosikal underbone ini kini boleh mula didapati di semua cawangan pengedar sah Suzuki Malaysia seluruh negara dua warna baharu eksklusif yang menawan, iaitu:
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
- Bright Ivory/Titan Black
- Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey
Ia dijual pada harga RM8,838.00 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans). Harga baharu ini mengalami sedikit kenaikan berbanding RM8,173.00 sewaktu pelancaran rasminya tahun lalu.
Raider R150Fi 2023 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 147.3cc DOHC dengan sejukan cecair yang menepati piawaian Euro4.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Enjin ini mampu menjana 18.2 kuasa kuda pada 10,000 rpm dan 13.8 Nm daya kilas pada 8,500 rpm. Ia digandingkan pula dengan transmisi 6-kelajuan.
Antara ciri-ciri menarik Raider R150Fi 2023 termasuklah lampu depan jenis LED, paparan panel meter digital LCD, penghidup enjin jenis tendang dan elektrik, suspensi depan teleskopik dan monoshock di belakang, rim aloi 17-inci dan ruang simpanan di bawah pelana tempat duduk.
Dari segi keselamatan pula, ia didatangkan dengan brek hadapan dan belakang jenis cakera, namun tidak dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Raider R150Fi 2023 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Suzuki Malaysia
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI