ARKIB

KATEGORI

Buletin

PHSAM panggil balik 2,767 unit Audi keluaran 2008 hingga 2017 yang dilengkapi beg udara Takata

Berita Tempatan

Views

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini mengumumkan panggilan semula sukarela sebanyak 2,767 unit kenderaan untuk pemeriksaan serta penggantian beg udara Takata, sekiranya perlu.

Pemilik yang terlibat digesa supaya menghubungi pusat Audi Centre berhampiran untuk mendapatkan janji temu secepat mungkin.

Panggilan semula itu melibatkan model-model seperti Audi A4 Sedan, A5 Sportback, A6 Sedan, Q5 dan TT Coupe yang dikeluarkan di antara tahun 2008 hingga 2017 yang dipasang dengan beg udara Takata atau generator gas pada beg udara bahagian pemandu, penumpang dan beg udara jenis tirai (curtain).

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Berdasarkan kepada kemas kini terbaharu daripada pengeluar, wujud kemungkinan perumah generator gas tersebut itu rosak sekiranya beg udara diaktifkan. Ini akan menyebabkan serpihan kecil melayang daripada perumah tersebut dan boleh mengakibatkan risiko keselamatan yang serius.

Menurut Pengarah Urusan PHSAM, Erik Winter, keselamatan akan terus menjadi salah satu faktor penting dalam usaha berterusan mereka untuk menambah baik aspek perkhidmatan selepas jualan.

Jelasnya, meskipun bukan semua kenderaan yang terlibat memerlukan penggantian komponen, pihaknya ingin menggalakkan pelanggan membawa kenderaan untuk diperiksa di pusat servis, seterusnya memberi ketenangan minda kepada mereka.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Pemilik kenderaan berusia lima tahun dan ke atas juga layak untuk menyertai program Audi Plus yang dilancarkan baru-baru ini yang menawarkan diskaun penyelenggaraan sebanyak 10 peratus di mana-mana pusat Audi Centre.

Pelanggan juga akan menerima 3 baucar servis yang boleh digunakan dalam tempoh 3 tahun selepas tahun kelima servis, selain perkhidmatan Bantuan Pinggir Jalan Audi secara percuma sehingga 12 bulan dari tarikh penebusan baucar.

Pelanggan yang tidak pasti sama ada kereta Audi mereka terlibat dalam kempen panggilan semula ini dinasihatkan supaya mengunjungi laman web Audi Malaysia.

Mereka juga boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Audi di talian 1-800-22-2834 atau emel ke [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply