ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis sita 13 buah Proton Wira ‘bising’, 101 saman dikeluarkan

Berita Tempatan

Views

Tindakan sekumpulan lelaki berkumpul di kawasan parkir di Jalan Alamanda, di Sik dengan mengeluarkan bising kenderaan masing-masing mengundang padah apabila polis menyita 13 buah Proton Wira, dalam operasi malam kelmarin.

Tindakan mereka turut mengganggu ketenteraman awam ketika bulan Ramadan ini. Kesemua kenderaan terbabit disita dalam Ops Bersepadu / Samseng Jalanan itu untuk tindakan pemeriksaan bunyi ekzos Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Selain itu, tiga buah motosikal turut disita kerana melakukan pelbagai kesalahan kerana tiada cukai jalan, tiada lesen memandu serta nombor pendaftaran.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, operasi yang bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi tertumpu di kawasan berkenaan berdasarkan maklumat yang diterima.

Beliau berkata, operasi itu disertai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik dan turut dibantu Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan lain-lain agensi.

Jumlah saman yang dikeluarkan dalam operasi ini adalah 101 saman termasuk 13 kenderaan dan tiga motosikal mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, insuran, nombor pendaftaran, aksesori, cermin sisi dan mengubah suai.

Abdull Razak berkata, jumlah individu yang ditahan dalam operasi ini adalah seramai tiga orang berusia antara 19 hingga 27 tahun yang membabitkan empat kes.

Beliau berkata, antara kesalahan adalah Seksyen 42 (1) APJ 1987 (dua kes), Seksyen 108 (3) (f) 1987 (1 kes) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (1 kes).

Tambah beliau, pemilik 13 kenderaan yang disita berusia antara 20 hingga 35 tahun itu kemudian dibebaskan dengan jaminan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply