ARKIB

KATEGORI

Buletin

PLUS-JPJ lancar Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya (UPLR) yang pertama di lebuh raya

Berita Tempatan

Views

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan kolaborasi membuka sebuah Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya (Unit Penguatkuasaaan Lebuhraya) JPJ yang pertama seumpamanya di lebuh raya.

Ia terletak di bangunan penyeliaan Plaza Tol (Lama) Jelapang di KM268 di Lebuhraya Utara-Selatan dan telah dirasmikan secara bersama oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Sri Shaharuddin Khalid dan Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir. Mohd Shuhaimi Hassan serta pegawai-pegawai kanan JPJ.

JOM BACA >> Proton X50 – Perincian ringkas mengikut varian

Menurut Zakaria, pihaknya sentiasa mencari pelbagai pendekatan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan di semua lebuh raya kendalian mereka agar pelanggan dapat terus menikmati perkhidmatan lebuh raya yang selamat dan selesa.

Datuk Sri Shaharuddin pula berkata, inisiatif yang telah dijalankan oleh PLUS membuktikan peranannya sebagai ‘Rakan Negara’ yang baik dalam membantu JPJ untuk meningkatkan tahap keselamatan di lebuh raya. Tambah beliau, PLUS telah menyediakan empat pejabat untuk Unit Penguatkuasaan Lebuhraya iaitu di R&R Pagoh, Johor, R&R Dengkil di Selangor, R&R Gunung Semanggol dan terbaharu Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya, Ipoh di Perak.

Pada majlis tersebut, PLUS dan JPJ turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalankan inisiatif dan memperkukuh kerjasama strategik melibatkan operasi dan pelaksanaan penguatkuasaan bagi meningkatkan aspek keselamatan di lebuh raya PLUS.

JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50

Pihak PLUS dan JPJ serta agensi penguatkuasa yang lain telah melaksanakan lebih kurang 165 Ops Halangan sejak tahun 2017. Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya (UPLR) JPJ ini yang mula beroperasi sejak 1 Julai lalu telah mengawal selia segala akitiviti Unit Penguatkuasaan Lebuhraya (UPLR) yang melibatkan 4 Zon penguatkuasaan utama.

Selain itu, pusat kawalan ini telah menjalani kerja-kerja pengubahsuaian pada tahun 2019 dan mempunyai kemudahan sebuah bilik kawalan, bilik mesyuarat, ruang pejabat, bilik pegawai, bilik penyiasatan, surau, tandas serta ruang meletak kenderaan berbumbung.

Terdahulu, PLUS dan JPJ juga telah membuka 3 Stesen Penguatkuasa Lebuhraya JPJ di R&R PLUS iaitu di Dengkil (Arah Selatan), Gunung Semanggol (Arah Selatan) dan Pagoh (Arah Selatan) secara berperingkat sejak 2018.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit PLUS Malaysia

JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply