ARKIB

KATEGORI

Buletin

TREVO mulakan fasa pertama kajian pembuktian konsep dengan pelaburan sebanyak RM2 juta

Berita Tempatan

Views

TREVO telah memulakan Fasa 1 dalam kajian Pembuktian Konsep (POC) seperti yang telah diumumkan baru-baru ini. RM2 juta telah dilaburkan bagi menyediakan Bantuan Kewangan untuk Hos-hos baharu. Dalam kajian selama setahun dari Ogos 2020 hingga Ogos 2021, TREVO menyasarkan untuk membuktikan kelestarian konsep perkongsian kereta P2P di Malaysia.

Menerusi pelaburan ini, TREVO ingin menggalakkan lebih ramai orang menyertai kajian POC ini dengan berkongsi kenderaan mereka, dan bagi menyokong usaha kerajaan menangani masalah kewangan rakyat menerusi pelan PENJANA.

Bantuan Kewangan RM200 diumumkan secara rasmi hari ini semasa majlis pelancaran TREVO Lighthouse Activation Centre, yang disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong. Bantuan ini akan disalurkan kepada 10,000 Hos baru pertama di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

JOM BACA >> Proton X50 – Perincian ringkas mengikut varian

Selain itu, Hos juga harus membolehkan kereta mereka ditempah selama sekurang-kurangnya 14 hari setiap bulan untuk memenuhi syarat kelayakan. Pendaftaran Hos dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki kereta berusia tidak lebih 12 tahun pada 31 Disember 2020. 

Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Mobility Malaysia, Leon Foong berkata pihaknya gembira dapat bekerjasama dengan kerajaan dalam memperkenalkan manfaat perkongsian kereta P2P kepada lebih ramai rakyat Malaysia. TREVO, anak syarikat SOCAR Mobility Malaysia, menawarkan platform yang menghubungkan pengguna (Tetamu) dengan pemilik kereta (Hos).

Pemilik kereta boleh membiayai sehingga 85 peratus ansuran pinjaman kereta dengan hanya berkongsi kereta mereka pada platform TREVO untuk sekurang-kurangnya 10 hari sebulan. Mereka mempunyai kelonggaran menetapkan harga tempahan kereta sendiri asalkan ianya berada di dalam julat harga yang ditunjukkan oleh algoritma TREVO.

JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong dalam ucapannya berkata kementerian mengalu-alukan lebih banyak lagi syarikat swasta mengambil bahagian dalam kajian POC seperti yang dilakukan oleh TREVO. Pengarah Urusan TREVO, Susan Teoh pula berkata, kajian POC ini akan mengenal pasti ruang-ruang penambahbaikan di dalam ekosistem perkongsian kereta P2P, termasuk cabaran serta jurang yang mungkin menjadi ketara apabila komuniti perkongsian kereta ini mencapai momentum mampan

Ketika ini, TREVO mempunyai lebih 70,000 ahli dan lebih daripada 1,500 kereta yang disenaraikan, merangkumi 150 model daripada 30 jenama pengeluar kereta, daripada Perodua Axia dan Perodua Myvi hinggalah kepada Porsche, BMW dan banyak lagi.

Sementara itu, TREVO Lighthouse Activation Centre akan berfungsi sebagai pusat sokongan untuk para Hos, dengan sesi kemasukan selama 30-minit diadakan pada setiap hari mulai 9:00 pagi hingga 5:30 petang. Selain itu, pelbagai aktiviti komuniti juga akan dianjurkan secara kerap khusus untuk ahli-ahli TREVO di sana. 

Pemilik kereta boleh menyertai Trevolution hari ini dengan memuat turun aplikasi TREVO dan mendaftar menggunakan kod rujukan MOTxTREVO bagi mendapatkan Bantuan Kewangan RM200. Maklumat lanjut mengenai Bantuan Kewangan ini boleh didapati di https://trevo.my/trevo-financial-aid.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply