ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sumbang pelindung muka kepada sekolah rendah di Putrajaya dan Hulu Selangor

Perodua sumbang pelindung muka kepada sekolah rendah di Putrajaya dan Hulu Selangor

Views

Perodua menyumbang lebih 7,700 pelindung muka kepada 66 sekolah rendah di kawasan Putrajaya dan Hulu Selangor baru-baru ini, untuk kegunaan kakitangan akademik dan sokongan. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, tujuan sumbangan ini adalah untuk perlindungan, kesihatan dan kesejahteraan para murid, guru dan kakitangan sokongan.

JOM BACA >> Proton X50 – Perincian ringkas mengikut varian

Tambah beliau ia juga sebagai tanda penghargaan kepada kerajaan atas usaha-usaha mereka dalam menangani COVID-19 dan kepada masyarakat sekeliling yang telah menyokong dan menyambut baik kehadiran mereka selama 27 tahun di sini.

JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50

Setakat ini, Perodua telah menyerahkan lebih 30,000 pelindung muka secara keseluruhan, antaranya kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Majlis Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah dan klinik-klinik Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Selayang dan para penjaja pasar pagi dan malam di Hulu Selangor dan Selayang.

Dihasilkan oleh salah satu syarikat bersekutu Perodua, pelindung muka ini mempunyai bahagian pelindung tahan kabus yang diperbuat daripada polyethylene terephthalate untuk penglihatan yang optimum. Selain itu, kusyen span pada bahagian dahi menghalang kemasukan titisan air manakala jalur elastik boleh dilaraskan untuk pemakaian yang selamat dan selesa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply