ARKIB

KATEGORI

Buletin

PLUS tutup sementara lorong tambah nilai

Berita Tempatan

Views

Menurusi satu kenyataan media, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan agar pelanggan merancang perjalanan dan menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka lebih awal selain memastikan kad mereka mempunyai baki yang mencukupi. Bermula 24 Oktober hingga 29 Oktober, PLUS akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik pada cuti perayaan Deepavali.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Penutupan lorong tambah nilai sepertimana dilaksanakan pada setiap musim perayaan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh pelanggan beratur di lorong tambah nilai di plaza tol. Pada musim perayaan ini, PLUS menjangkakan peningkatan jumlah trafik sebanyak 17 peratus kepada 2 juta pada hari-hari puncak iaitu pada 25 Oktober, 26 Oktober dan 28 Oktober berbanding 1.7 juta kenderaan pada hari-hari biasa.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Perjalanan di plaza tol mungkin terjejas jika masih terdapat pelanggan yang terkandas dan tidak dapat membuat transaksi tol apabila baki pada kad Touch ‘n Go mereka tidak mencukupi. Selain itu, PLUS juga tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar di plaza tol.

Walaubagaimanapun, terdapat kira-kira 10,000 pusat menambah nilai kad Touch ‘n Go di seluruh negara yang merangkumi mesin ATM, R&R, stesen minyak, kedai serbaneka, pasaraya dan lain-lain lagi. PLUS juga ingin memaklumkan bahawa pelanggan masih belum boleh menggunakan perkhidmatan e-Wallet PayDirect pada ketika ini. Oleh itu, mereka dinasihatkan supaya menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka dan menggunakannya untuk semua transaksi tol di lebuh raya kendalian PLUS.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply