ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI TONTON : Perodua bantu hasilkan reka bentuk SUV kompak Daihatsu terbaharu, kajian pasaran sedang dilakukan

Berita Tempatan

Views
Perodua Bantu rekabentuk SUV kompak Daihatsu D55, sedang kaji kesesuaian untuk pasaran Malaysia

Alang-alang ada di Tokyo Motor Show 2019 kami cubalah mengorek sedikit maklumat berkaitan dengan model SUV kompak baharu Daihatsu yang besar kemungkinan bakal dijelmakan semula sebagai SUV Perodua. Kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad ketika ditemubual oleh wartawan Malaysia di sana, para pereka di syarikat tersebut memang ada terlibat dengan proses reka bentuk SUV tersebut.

Katanya lagi, pada masa ini Perodua sedang mengkaji pasaran dan tidak menolak kemungkinan akan membawa masuk model ini ke Malaysia nanti. Ketika ini Perodua sedang mula menguji model ujian awal SUV tersebut (namakod D55L) dan menurut info awal yang kami perolehi, berkemungkinan ia menggunakan enjin dan transmisi yang sama dengan kembarnya di Jepun.

Ini bermakna Perodua D55L bakal dijana oleh enjin tiga-silinder sebaris 12 injap DOHC intercooler turbo bersesaran 996cc yang digandingkan bersama transmisi CVT dengan sistem pacuan roda hadapan (2WD). Model ini dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dengan ukuran dimensi 3,995mm panjang, 1,695mm lebar, 1,620mm tinggi dan 2,525mm jarak antara gandar.

Berat SUV kompak lima tempat duduk ini adalah 980kg dan saiz tayarnya pula adalah 195 / 60R17. Untuk melihat lebih dekat model SUV baharu Daihatsu ini tonton video yang telah kami sediakan.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk video-video ulasan pandu uji terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di FTV dan tekan butang loceng untuk mendapatkan pemberitahuan atau menjadi yang terawal menonton episod baharu kami! Kalau belum menonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : Daihatsu sahkan berbincang dengan DreamEDGE mengenai projek kereta nasional ketiga”, ketik sahaja butang “play” pada pautan video di bawah!

#TMS2019: Daihatsu sahkan berbincang dengan Dreamedge mengenai projek kereta nasional baru

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Jika anda rasa video ini menarik, sila kongsikan dengan rakan-rakan. Nantikan video-video terbaharu dari kami selepas ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply