ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kes cabul penumpang, pemandu kedua bas ekspres ditahan

Berita Tempatan

Views

Polis menahan pemandu kedua sebuah bas ekspres kerana disyaki mencabul seorang penumpang wanita dalam bas berkenaan di Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.

Berita Harian melaporkan, lelaki berusia 27 tahun dari Kota Tinggi, Johor itu ditahan sejurus bas yang dalam perjalanan dari Kelantan tiba di Terminal Melaka Sentral, di Melaka kira-kira 10.30 pagi.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah, berkata tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima laporan berhubung insiden membabitkan penumpang berusia 21 tahun itu yang dikatakan sedang tidur dalam bas terbabit ketika kejadian.

Katanya, bas itu dalam perjalanan dari Kelantan ke Melaka dan mangsa, penuntut maktab perguruan di negeri ini mendakwa diraba oleh suspek ketika bas berhenti rehat di Ajil, kira-kira 4 pagi. Sejurus menerima maklumat awal, kita terus tahan pemandu itu sebaik bas tiba di Melaka Sentral.

Beliau berkata, mangsa juga membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah jam 12 tengah hari tadi dan suspek ditahan sementara sebelum kes diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Sementara itu, EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh turut berkongsi kejadian itu menerusi video berdurasi 3 minit 41 saat yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

“Pagi tadi ketika bangun untuk solat Subuh, saya ada terima pesanan mesej daripada sahabat di Facebook berhubung kejadian menimpa rakannya yang dalam perjalanan pulang ke Melaka. Adik ini (mangsa) terlalu baik.

“Hendak menjerit pun takut dan dia hanya mampu menangis teresak-esak. Kemudian saya bersama beberapa rakan tunggu di Melaka Sentral untuk bantu selamatkan gadis ini,” katanya memandang serius isu itu dan menasihati wanita untuk tidak berdiam diri apabila berdepan situasi sedemikian.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wikipedia

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply