ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis buka KEP insiden sepanduk berbaur penghinaan

Tular

Views

Harian Metro melaporkan pihak polis telah membuka dua Kertas Enkuiri Polis (KEP) bagi menyiasat insiden sepanduk dengan kata-kata kesat dan penghinaan digantung di dua lokasi di bandar raya Ipoh, semalam seperti tular dalam media sosial.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, pihaknya menerima maklumat awam mengenai insiden pertama kira-kira jam 9 malam yang menunjukkan satu gambar sepanduk dengan kata-kata kesat digantung di jejantas pejalan kaki, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Berikutan itu, katanya, beberapa anggota pasukan bertindak khas Balai Polis Sungai Senam telah ke lokasi, namun apabila tiba mendapati tiada sepanduk digantung di atas jejantas berkenaan. Kata A Asmadi, pemeriksaan di kawasan sekitar dilakukan dan telah menemukan kain rentang berwarna putih dengan tulisan merah dan hitam di dalam tong sampah di hentian bas Jalan Raja Ashman Shah menghala ke Angsana Mall.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

Selain itu, A Asmadi berkata, anggota pasukan bertindak khas Balai Sungai Senam turut menerima maklumat terdapat kain rentang dengan kata-kata penghinaan berbunyi ‘rakyat jaga rakyat, menteri jaga poket’ digantung di Medan Selera Stadium Perak pada 12.15 tengah malam.

Tambanhya, sebaik anggota polis tiba di lokasi, kain rentang tersebut tiada di lokasi dan pemeriksaan di sekitar lokasi juga tidak menemukan bahan itu. Menurut A Asmadi, hasil siasatan mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di kedua-dua lokasi kain rentang digantung dan tiada saksi bebas tampil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan setakat ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply