ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis buru geng superbike beraksi ‘wheelie’ dan berlumba haram di LATAR

Tular

Views

Jadikan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) di Kuala Selangor, sebagai litar untuk berlumba haram membabitkan dua kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Kegiatan itu yang tular di media sosial mengundang padah apabila ahli kumpulan berkenaan kini menjadi buruan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata, terdahulu pihaknya menerima dua rakaman video berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah hari tadi.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Katanya, video pertama memaparkan sekumpulan empat penunggang motosikal dengan model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

Dua daripada mereka melakukan aksi ‘wheelie iaitu mengangkat tayar dan bersaing sesama sendiri. Aksi itu dirakam oleh seorang lagi penunggang motosikal.

Beliau berkata, ketika ini polis giat mengesan pemilik video asal dan semua penunggang motosikal terbabit. Menurut Ramli, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Sementara itu, video kedua memaparkan sebuah motosikal ditunggang dengan kelajuan tinggi serta melakukan aksi ‘wheelie‘. Ramli berkata, aksi penunggang motosikal itu disaksikan sekumpulan penunggang motosikal lain.

Kumpulan itu didapati sedang berhenti dan berkumpul di tepi jalan di kawasan Lebuhraya LATAR. Hasil penelitian video, polis mengenal pasti salah satu nombor pendaftaran motosikal yang menyertai kumpulan terbabit adalah PNV 1414.

Polis turut berusaha mengesan perakam video itu dan akan merakam percakapannya. Selain itu, video berkenaan akan dihantar ke Unit Forensik untuk tindakan lanjut serta mengesan kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran.

Tambah beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply