ARKIB

KATEGORI

Buletin

JLG dan Gentari meterai MoU teroka penyelesaian tenaga boleh diperbaharui dan ekosistem mobiliti hijau

Berita Tempatan

Views

Semalam telah berlangsungnya majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara JLand Group Sdn. Bhd. (JLG) dan Gentari Sdn Bhd (Gentari) bagi membangunkan ekosistem mesra alam meliputi semua projek kediaman, komersial dan perindustrian JLG.

Menerusi MoU tersebut, JLG dan Gentari akan menjalankan kajian boleh laksana terhadap penyepaduan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui bagi aset dan taman perindustrian strategik di bawah JLG, manakala pelaksanaan ekosistem mobiliti hijau pula akan bermula pada suku ketiga 2023.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Menurut Pengarah, Bahagian Hartanah & Infrastruktur, JCorp / Timbalan Pengerusi, JLG Datuk Sr Akmal Ahmad, menerusi usaha sama dengan Gentari, pihaknya kini bersedia memenuhi komitmen ke arah pertumbuhan lestari.

Sebagai sebahagian daripada pakatan tersebut, JLG dan Gentari juga akan meneroka potensi pembinaan sebuah hab pengecasan (EV) di Ibrahim Technopolis (IBTEC) dan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui bagi taman-taman perindustrian JLG.

Tambah Datuk Sr Akmal, menerusi usahasama ini pihaknya mampu mempercepatkan peralihan kepada tenaga hijau menerusi pendekatan berbilang industri dan ia merupakan langkah penting bagi JLG yang mempunyai operasi meluas di negeri Johor.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Ketua Pegawai Eksekutif Gentari, Sushil Purohit pula menambah, bersama JLand Group, pihaknya dapat meneroka inisiatif secara serentak di seluruh rantaian nilai elektron dalam usaha mencapai matlamat karbon bersih sifar,

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Gentari akan menyediakan kemudahan Kenderaan sebagai Perkhidmatan (VaaS) dalam bentuk perkhidmatan langganan mobiliti hijau di pembangunan kediaman, komersial dan perindustrian JLG, untuk menggalakkan penggunaan EV.

Dengan memperkenalkan khidmat langganan kenderaan EV menerusi Gentari, JLG bertekad menggiatkan peralihan kepada EV menerusi pelaburan kos rendah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply