ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: ‘Model misteri’ ini katanya bakal model sedan Proton SS11, betul ke?

Foto Intip

Views

Baru-baru ini rakan media kami di Automachi.com, ada memuatnaik satu foto kelibat sebuah ‘model misteri’ yang dikatakan bakal model sedan terbaharu Proton, namakod SS11.

Menurut pemerhatian mereka, garis reka bentuk model ini mempunyai persamaan dengan model yang berasaskan Geely Emgrand generasi keempat.

Sebenarnya ‘model misteri’ ini masih lagi dalam bentuk ‘model tanah liat’ atau ‘prototaip olok-olok’ dan ia kelihatan sedang menyembunyikan rupanya yang sebenar.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Dari maklumat yang diperolehi dari ejen perisik Mat Bond, setakat ini masih belum kelihatan kelibat unit ujian olok-olok (mule) di fasiliti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Proton kerana mereka masih lagi sibuk menguji X90.

Mengikut perancangan, jika mengikut turutan memang model sedan SS11 (Proton S50) ini akan menyusul selepas X90, yakni pada tahun 2023. Namun ia masih pada peringkat awal dan kami jangka unit ujiannya hanya akan muncul lewat tahun ini.

Apa yang membuat penulis agak curiga, rupa penyamaran ‘model misteri’ ini lebih cenderung ke arah sebuah SUV kerana bentuknya kelihatan agak tinggi.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Dari segi penggayaan pula, ia lebih mirip kepada rekaan terkini Perodua yang ditonjolkan pada Myvi facelift. Cuba anda lihat bentuk jeriji dan juga bamparnya, ada kesinambungan rekaan kan?

Jika diperhatikan pada cermin sisi, ia berbeza sama sekali dengan bakal model Alza generasi baharu (D27A), sekali gus menolak kemungkinan ‘model misteri’ ini adalah prototaip model tersebut.

Mungkin ia memang sengaja digayakan dengan rupa sebegitu bagi mengelirukan orang awam. Jadi, model apakah yang berselindung disebalik penyamaran tersebut?

Buat masa ini ia masih kekal misteri…..

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Automachi.com

Foto kredit Theophilus Chin

Foto kredit Terranismo

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply