ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis cari pemandu Myvi lawan arus dalam video tular

Tular

Views

Polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melawan arus dengan memasang lampu kecemasan di Kilometer (KM) 31.2, Lebuhraya Utara Selatan menghala ke daerah Kulai, pagi semalam.

Astro AWANI melaporkan, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata terdahulu, pihaknya mengesan sebuah video berdurasi 11 saat yang tular memaparkan mengenai kejadian itu menerusi laman Facebook kira-kira 9.55 pagi.

Susulan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kulai sedang giat mengesan pemandu terbabit. Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke BSPT Kulai.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Beliau turut menyeru kepada semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini dan menambah tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak yang sengaja melanggar undang-undang.

Dalam perkembangan lain, Tok mengesahkan pemandu lori yang ditahan berhubung siasatan melibatkan dua rentung dalam kemalangan lima kenderaan di KM45.7 lebuh raya yang sama arah selatan baru-baru ini, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah serta negatif ujian air kencing.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan direman selama empat hari mulai kelmari sambil menambah siasatan masih dijalankan.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Sementara itu, beliau berkata keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti seorang lagi mangsa yang rentung dijangka siap dalam tempoh dua minggu ini.

Beliau berkata sampel berkenaan diambil daripada satu keluarga yang tampil mencari ahli keluarga hilang, dipercayai lelaki sekali gus membuat ujian pemadanan DNA terhadap mayat rentung itu.

Sabtu lepas, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28 dan seorang lelaki yang identitinya belum dapat dikenal pasti maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan itu, manakala empat lagi terselamat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply