ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kembar Alza versi premium, Toyota Veloz 2022 dilancarkan – Satu varian sahaja, harga RM95,000

Berita Tempatan

Views

Setelah dibuka untuk tempahan sejak Jun lalu, akhirnya UMW Toyota Motor (UMWT) malam ini melancarkan kembar Perodua Alza 2022 (D27A), iaitu Toyota Veloz serba baharu. Setakat ini UMW Toyota Motor telah merekodkan lebih 6,000 tempahan Veloz 2022.

Model pemasangan tempatan (CKD) itu hanya didatangkan dengan satu varian sahaja dengan harga jualan bermula dari RM95,000 (harga termasuk cukai SST, tidak termasuk insurans).

Berkongsi pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dengan Alza, Veloz ditawarkan dengan lima pilihan warna, dua daripada merupakan dwitona berbumbung hitam iaitu Silver Metallic dan Blue Metallic, manakala selebihnya satu tona iaitu WhiteMetallic Bluish Black dan Red Metallic.

Bukan sekadar berkongsi asas yang sama, ia turut ‘berkongsi jantung yang sama’, enjin 2NR-VE 1.5 liter empat-silinder aspirasi alami (NA) yang menjana 106 PS pada 6,000 rpm dan 137 Nm pada 4,200 rpm.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi D-CVT 7-kelajuan bersama sistem pacuan roda hadapan. Dari segi paras rupa, secara kasar ia nampak hampir serupa dengan kembarnya. Tiga mod pemanduan ditawarkan, iaitu ECO, Normal dan Power.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Namun beberapa perubahan kosmetik telah dibuat oleh pereka Toyota untuk memberikan crossover 7-tempat duduk itu, rupa yang lebih premium.

Paling ketara dari pandangan hadapan adalah reka bentuk lampu utama jenis LED dengan ciri Follow Me Home, rekaan jeriji hadapan trapezoid dan bampar yang lebih garang dan lampu siang (DRL) pada penjuru bampar.

Veloz didatangkan dengan rim lebih besar, bersaiz 17-inci dan lengkung roda belakang dengan pelapik badan plastik kemasan mengikut warna badan.

Di belakang, perbezaan yang ketara dengan Alza adalah lampu belakang dengan jejalur LED yang bersambung dan memegang logo Toyota di tengah. Rel para bumbungnya pula bukan sekadar kosmetik, malah mampu menampung beban seberat 75 kg.

Ke bahagian kabin, Veloz jauh nampak lebih premium berbanding Alza, dengan kemasan dwitona kombinasi warna hitam dan kelabu cerah dengan penggunaan bahan sentuhan lembut, tempat duduk dengan kemasan upholsteri separa kulit dan pencahayaan ambien berwarna biru.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Di tengah konsol papan pemuka terletak paparan unit infohibur 9-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar. Ia turut dilengkapi dengan pad pengecas nirwayar “Qi”, stereng teleskopik dan kawalan pendingin hawa automatik.

Dari segi keselamatan, Veloz dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Sistem Pra-Pelanggaran (PCS),
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Pencegahan Keluar Lorong (LDP)
  • Kawalan Kekal Lorong (LKC)
  • Pemantau Titik Buta dengan Amaran Lintasan Belakang (BSM, RCTA)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)

Selain itu, Veloz dilengkapi dengan ciri keselamatan standard seperti enam beg udara, empat penderia parkir, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC), Kawalan Mula Mendaki (HAC), ABS, EBD, Brek Parkir Elektrik (EPB), Suluhan Lampu Pemanduan Adaptif dan Kawalan Injak Pincang Tugas.

Veloz hadir dengan waranti standard selama 5 tahun, tanpa had perbatuan. Pelanggan juga boleh menambah pakej penyelenggaraan Toyota Service Savers bernilai RM 1,780 untuk pakej 3 tahun/60,000 km, atau RM 2,790 untuk meliputi 5 tahun/100,000 km.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply