Kemalangan menyebabkan dua individu rentung di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di Kulai malam tadi, disyaki berlaku apabila sebuah lori dari arah Ayer Hitam ke Johor Bahru menukar ke lorong kiri kerana kesesakan lebuh raya.
Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kemalangan berkenaan membabitkan membabitkan tiga kereta dan dua lori.
Katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan disyaki berlaku apabila lori Renault dari arah Ayer Hitam menghala ke Johor Bahru, melalui lokasi berkenaan.
Lelaki 30 tahun pemandu lori memandu di lorong kiri kerana kesesakan jalan. Pada masa sama, Proton Prevé yang dipandu lelaki berusia 43 tahun dari arah sama gagal mengelak lalu melanggar lori itu dari arah belakang.
Kemudian, Proton Wira dari arah sama cuba mengelak dan melanggar Proton Prevé, lalu berpusing. Kenderaan keempat, sebuah kereta yang tidak dikenal pasti juga datang dari arah sama lalu melanggar Proton Wira.
Selepas itu, lori Isuzu melanggar Proton Wira dan kenderaan keempat. Pelanggaran itu menyebabkan kebakaran dan ketika kejadian, keadaan jalan gelap dan tidak berlampu.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Menurut Beng Yeow, akibat kemalangan itu, seorang penumpang Proton Wira maut terbakar di lokasi kejadian dan dalam kenderaan keempat juga terdapat seorang mangsa maut yang belum dikenal pasti identitinya.
Kedua-dua mangsa parah di bahagian badan dan kepala kerana kebakaran serta meninggal dunia di tempat kejadian. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat, namun siasatan masih berjalan.
Semua kenderaan terbabit akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Senai. Pihak berkuasa juga masih berusaha mengesan nombor casis dan nombor enjin kenderaan keempat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI