ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis panggil lelaki pandu Proton Saga sambil ‘hidu gam’

Tular

Views

Lelaki disyaki memandu kereta sambil menghidu gam di Lebuh Ayer Keroh menghala ke Banda Hilir, baru-baru ini, sudah dipanggil polis untuk tindakan lanjut.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tindakan pemandu berusia 33 tahun itu dikesan pihaknya kira-kira 4 petang, Jumaat lalu, menerusi video 17 saat yang yang dimuat naik di Instagram.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Beliau berkata, bagaimanapun masa dan tarikh sebenar kejadian tidak dapat dipastikan, sebelum risikan dibuat Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Ujar beliau, kira-kira 11 malam keesokan harinya, pihak polis kemudian pergi ke rumah di Kampung Bukit Pegoh, Pernu, dan berjumpa dengan pemilik kereta yang tular bagi membuat pemeriksaan.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Susulan daripada itu, polis berjaya mengesan pemandu yang juga menantu kepada pemilik kereta dan dua penumpang iaitu isteri berusia 23 serta kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, lalu dibawa ke IPD Melaka Tengah untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, isteri pemandu itu menafikan mereka menghidu gam selain ujian saringan air kencing yang dijalankan keatas kedua-dua mereka, didapati negatif. Kedua-dua mereka kemudian dibebaskan sejurus soal siasat selesai dijalankan.

Mengulas lanjut, Christopher berkata, susulan itu satu kertas siasatan dibuka mengikut Peraturan 17 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas1959. Kertas siasatan ini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply