ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu dakwa stereng tersekat, punca Toyota Vios terbabas dan langgar pokok

Berita Tempatan

Views

Pemandu sebuah kereta Toyota Vios yang terlibat kemalangan melibatkan isterinya maut dan dua anaknya cedera di Persiaran Raja Muda di Shah Alam mendakwa stereng keretanya tersekat sehingga mengakibatkan terbabas dan melanggar pokok.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan dijalankan mendapati kereta yang dinaiki empat beranak itu dari Bulatan Bestari menghala ke Bulatan Mestika.

Siasatan awal mendapati, pemandu berumur 43 tahun itu mendakwa stereng kenderaannya tiba-tiba tersekat. Akibat daripada itu, mangsa mendakwa gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Katanya, kejadian mengakibatkan seorang wanita yang merupakan isteri mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selain dua anaknya cedera.

Mayat wanita berkenaan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat. Pemandu dan kedua-dua anaknya masing-masing berumur dua tahun dan lapan bulan turut dibawa ke hospital sama bagi rawatan lanjut.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697.

Pada Sabtu, seorang wanita maut manakala suami dan dua anak termasuk seorang bayi cedera setelah kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar pokok dalam kejadian di Persiaran Raja Muda di Shah Alam.

Kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berumur 43 tahun itu membawa tiga penumpang iaitu isteri mangsa berumur 29 tahun, seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun dan seorang bayi lelaki berumur lapan bulan ketika kejadian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply