ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis tahan tiga lelaki ‘upahan along’ rampas Perodua Axia di lampu isyarat

Tular

Views

Polis menahan tiga lelaki yang bertindak kasar ‘merampas‘ dan melarikan kereta Perodua Axia milik seorang pemuda sewaktu berada di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bagan Lalang, di Butterworth.

Ketiga-tiga suspek, masing-masing berusia 49, 29 dan 27 tahun, ditahan di tiga lokasi berasingan di Butterworth, Seberang Jaya dan Kuala Kangsar bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie berkata, tangkapan dibuat semalam susulan video tular menunjukkan suspek bertindak merampas kereta berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati, ketiga-tiga suspek diupah seorang pemberi pinjaman wang untuk merampas kereta dinaiki anak mangsa.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Menurut Mohd Asri, kejadian pada jam 7.45 pagi Rabu itu didapati berlaku gara-gara ibu mangsa yang berusia 57 tahun gagal melunaskan hutang pinjaman along.

Ibu mangsa telah membuat pinjaman wang RM100,000 dengan seorang lelaki dan membuat perjanjian bertulis, sekiranya gagal membuat bayaran balik pinjaman, dia akan menyerahkan kenderaannya kepada lelaki berkenaan.

Disebabkan ibu mangsa gagal melunaskan hutangnya, pemberi pinjaman bertindak merampas kereta yang dipandu mangsa sewaktu berhenti di lampu isyarat Jalan Bagan Lalang, Butterworth.

Akibat kegagalan ibu mangsa membayar balik wang pinjaman, maka pemberi pinjaman telah mengupah orang untuk merampas kereta anak mangsa. Ketiga-tiga suspek berkenaan adalah orang upahan yang diupah pemberi pinjaman terbabit.

Semasa tangkapan, ketiga-tiga suspek berada di bawah pengaruh dadah dan polis akan membuat permohonan reman ke atas mereka hari ini.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan tanpa senjata yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan sekiranya sabit kesalahan.

Pihak polis masih dalam usaha mengesan suspek yang masih bebas dalam kes ini. Sementara itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terus menularkan video kejadian berkenaan dan merujuk kepada pihak yang berkenaan untuk pengesahan maklumat.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pihak polis dengan menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD SPU di talian 04-5759122.

Terdahulu, tular video berdurasi 1 minit 1 saat memaparkan tiga lelaki bertindak ‘merampas’ kereta Axia dipandu seorang pemuda yang sedang berhenti ketika lampu isyarat merah.

Pemandu kereta yang ditarik keluar dari kenderaan dipandunya secara paksa itu kelihatan terpinga-pinga dan meminta pertolongan penunggang motosikal di situ sebelum ada yang dilihat bertindak mengekori suspek. – Astro AWANI

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply