ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelancaran Daihatsu Move generasi baharu di Jepun tertangguh, empat varian, pilihan enjin NA dan turbo

Berita Global

Views

Daihatsu Motors sepatutnya mula membuka pra-tempahan model ‘kei-car‘ generasi baharunya iaitu Move (2023) bulan lalu.

Namun, ia terpaksa ditunda gara-gara pembongkaran skandal ‘ketidakaturan prosedur‘ ujian membabitkan beberapa model baru-baru ini.

Menurut portal bestcarweb.jp, pengedar jenama tersebut di Jepun memaklumkan, Move (2023) yang dibina berasaskan pelantar DNGA (Daihatsu New Global Architecture) itu bakal diperkenalkan pada awal bulan Julai.

Empat pilihan varian ditawarkan bermula dari varian asas L, diikuti X, G dan varian mercu, RS dengan enjin turbo.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Berikut adalah anggaran harga Move (2023) mengikut varian:

  • Varian L – JP¥1,290,000 (RM42,600)
  • Varian X – JP¥1,420,000 (RM46,895)
  • Varian G – JP¥1,630,000 (RM53,833)
  • Varian RS – JP¥1,819,500 (RM60,092)

Kesemua varian akan dilengkapi dengan sistem keselamatan Smart Assist 3 sebagai kelengkapan standard, manakala pemantau titik buta ditawarkan sebagai ciri pilihan.

Model dengan enjin aspirasi alami (NA) mencatat penggunaan bahan api 22.6km/liter dan versi turbo mencatat 21.5km/liter mengikut kitaran WLTC.

Angka ini dilihat lebih tinggi berbanding model semasa disebabkan beratnya yang bertambah kerana penggunaan pintu jenis gelangsar (sliding door).

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Berikut adalah perincian spesifikasi ringkas Move (2023) mengikut varian:

Varian L
Lampu depan jenis LED, rim keluli 14-inci, Smart Assist 3, tempat duduk gelangsar memanjang kiri dan kanan

Varian X
Butang penghidup enjin, pintu gelangsar kuasa sebelah kiri (tambahan dari varian L)

Varian G
Aksesori aero, rim aloi 14-inci, brek parkir elektronik, lampu pemanduan adaptif, paparan pelbagai-info TFT berwarna, kawalan jelajah adaptif dengan fungsi pengesanan kelajuan kenderaan dan fungsi ‘stop hold‘ (tambahan dari varian X)

Varian RS
Aksesori aero, pintu gelangsar kuasa sebelah kanan, rim aloi 15-inci, kawalan jelajah adaptif dengan fungsi pengesanan kelajuan kenderaan dan fungsi ‘stop hold‘ dan suspensi sport (tambahan dari varian G)

Fasa pengeluarannya dijangka bermula pada awal Julai dan berkemungkinan penghantarannya akan bermula pada bulan September.

*Nota kaki

Perodua tak nak hidupkan semula model Kenari ke? Trend ‘kereta kecil berbentuk kotak’ semakin diterima warga Malaysia sejak Honda N-BOX mula dijual di pasaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit bestcarweb.jp

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply